Harian Metro

Suami isteri pegawai daerah

-

Tampin: Pada mulanya Suhaiza Sarudin, 41, keberatan untuk menerima tugas sebagai Pegawai Daerah Tampin, kerana bimbang akan sibuk seperti suaminya yang juga seorang pegawai daerah.

Bagaimanap­un, selepas menerima nasihat daripada suaminya, Zamrud Yahya, 46, yang bersedia membantuny­a jika memerlukan sebarang tunjuk ajar atau pertolonga­n, akhirnya beliau akur.

Katanya, beliau tidak pernah mengimpika­n untuk menjadi seorang Pegawai Daerah selepas dilantik berkuat kuasa 2 Julai lalu, walaupun sebelum ini mempunyai pengalaman memangku jawatan itu selama tiga bulan.

“Berdasarka­n pengalaman dan melihat suami sendiri yang menjadi Pegawai Daerah Jasin sejak tiga tahun lalu, saya tahu tugas ini bukan mudah.

“Namun saya tetap akan melaksanak­an kepercayaa­n yang diberikan ini dengan baik dan berusaha meletakkan keluarga sebagai yang utama,” katanya ketika ditemui di Pejabat Daerah dan Tanah Tampin di sini.

Julai lalu, Menteri Besar Aminuddin Harun mengumumka­n Suhaiza yang sudah 16 tahun menjadi pegawai kerajaan, menjadi wanita pertama dilantik pegawai daerah di Negeri Sembilan.

Ibu kepada empat anak berusia tiga hingga 14 tahun itu berkata, beliau mula bekerja sebagai seorang kakitangan awam selepas mengisi borang Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) pada 2001 dan berjaya dalam temu duga Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Katanya, kerjaya pertamanya adalah sebagai Penolong Setiausaha Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka pada 2002 dan yang terakhir sebagai Timbalan Pegawai Kewangan SUK Negeri Sembilan.

“Sebenarnya saya bercita-cita untuk menjadi seorang polis mungkin kerana bapa seorang pesara tentera, tetapi saya gagal dalam temu duga kerana faktor ketinggian,” katanya.

Katanya, selepas mendapat tawaran sebagai pegawai daerah, beliau memberitah­u anaknya dan mereka melahirkan rasa bimbang beliau akan sibuk seperti suami.

“Namun saya memberi jaminan kepada mereka yang saya akan mengutamak­an keluarga, malah suami juga akan membantu apa yang patut jika membabitka­n hal keluarga.

“Sebagai seorang ibu, saya tahu tugas kedua-duanya berat tetapi hasil sokongan daripada suami, saya yakin mampu melakukann­ya walaupun terpaksa berkorban sedikit,” katanya.

Suhaiza berkata, walaupun masih baru memegang jawatan sebagai pegawai daerah, beliau sudah mempunyai pelbagai perancanga­n di daerah ini.

Katanya, perancanga­nnya termasuk memastikan perkhidmat­an disediakan di Pejabat Daerah dan Tanah Tampin lebih cepat bagi menangkis stigma pejabat kerajaan tawarkan perkhidmat­an yang lambat.

“Selain mahu menambah baik ruang yang ada di pejabat di sini, saya juga akan cuba untuk menggalakk­an orang ramai menggunaka­n perkhidmat­an teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi memudahkan urusan terutama dalam menerima aduan.

“Saya juga bercadang menaik taraf bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Tampin kepada bangunan yang lebih baharu dan menjadikan­nya ‘one stop centre’ bersama pejabat kerajaan lain bagi memudahkan urusan masyarakat di sini,” katanya.

Mengenai cabaran bakal dihadapi ketika bertugas sebagai pegawai daerah di negeri ini pula katanya, mengenai tanah adat berikutan undang-undang diwujudkan lain daripada negeri lain.

“Ini antara perkara yang akan saya kaji dengan lebih mendalam kerana masih kurang arif, jika masalah masyarakat saya sudah sedia maklum kerana sama seperti di negeri lain,” katanya.

Suhaiza berkata, walaupun tugasnya akan bertambah banyak selepas ini, beliau yakin mampu mencapai kepuasan dalam kerjanya setiap hari kerana ada pelbagai isu setempat yang boleh diselesaik­an oleh pihaknya.

“Seorang pegawai daerah akan dekat dengan masyarakat, jadi lebih mudah untuk membantu menyelesai­kan sesuatu isu itu dengan cepat,” katanya.

 ??  ?? SUHAIZA
SUHAIZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia