Harian Metro

JERITAN ATAS POKOK

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

Warga emas cedera terkena tembakan senapang patah ketika panjat pokok dabai

Lelaki warga emas terkena tembakan senapang patah selepas disangka kera ketika memanjat pokok dabai di hutan Kampung Balan Jalan Melekun, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa berusia 60-an bersendiri­an memanjat pokok dabai berkenaan sebelum ditembak lelaki berusia 64 tahun.

Ketua Polis Daerah Kapit Deputi Superinten­dan Freddy Bian berkata, suspek masuk ke kawasan hutan berkenaan untuk memburu haiwan bersama selaras senapang patah.

Katanya, ketika tiba di kawasan berkenaan suspek menyangka seekor kera berada di atas pokok dabai lalu melepaskan tembakan.

“Suspek bagaimanap­un terkejut selepas mendengar jeritan seorang lelaki. Dia kemudian bergegas melakukan pemeriksaa­n dan menemui seorang lelaki berlumuran darah di beberapa bahagian badan.

“Mangsa yang lemah kemudian dihantar ke Hospital Kapit untuk rawatan lanjut dan suspek kemudian ke Balai Polis Kapit untuk membuat laporan berhubung kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Freddy berkata, berdasarka­n pemeriksaa­n lanjut oleh pasukan perubatan, mangsa cedera pada belakang kiri badan, punggung, siku kiri dan peha kanan akibat terkena peluru penabur digunakan suspek.

Katanya, polis menahan suspek selain merampas selaras senapang patah yang digunakan dalam kejadian itu.

“Siasatan lanjut mendapati senapang patah berkenaan dilesenkan atas nama bapa mentua suspek dan digunakan lelaki itu untuk memburu.

“Mangsa pula dihantar ke Hospital Sibu untuk menjalani pembedahan bagi mengeluark­an peluru pada badannya dan kini dilaporkan stabil,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960 dan pemiliknya akan disiasat mengikut Seksyen 8(b) akta sama kerana melanggar syarat permit iaitu membenarka­n orang lain menggunaka­n senapang patah.

 ??  ?? LELAKI warga emas cedera terkena tembakan senapang patah ketika memanjat pokok dabai di hutan Kampung Balan Jalan Melekun.
LELAKI warga emas cedera terkena tembakan senapang patah ketika memanjat pokok dabai di hutan Kampung Balan Jalan Melekun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia