Harian Metro

Petisyen antilambak­an cili

-

Johor Bahru: Duti import yang lebih tinggi sehingga 20 peratus akan dikenakan terhadap negara pengekspor­t cili sekiranya dikesan menjadi penyebab kepada lambakan cili terdapat di pasaran tempatan ketika ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Salahuddin Ayub berkata, pihaknya kini mengumpul petisyen daripada penanam cili tempatan yang mendakwa terjejas akibat kejatuhan harga dengan lambakan cili import.

“Penyediaan petisyen itu perlu kita (MOA) penuhi, supaya ‘antilambak­an’ cili yang berlaku dapat kita buktikan, selain perlu menyediaka­n laporan bagi mendepani isu seperti ini.

“Antilambak­an ini terletak di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dan petisyen ini perlu disediakan industri serta majoriti penanam cili, selain mereka perlu bersedia menghantar petisyen menyatakan berlakunya antilambak­an,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Bicara Tani Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Bersama Pengusaha Cili di Dewan Pusat Islam Iskandar di sini, semalam.

Program bicara dua jam bermula jam 10 pagi itu turut dihadiri Ketua Setiausaha MOA Datuk Mohd Sallehuddi­n Hassan dan Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Persekutua­n (FAMA) Datuk Ahmad Ishak.

Salahuddin berkata, antilambak­an berlaku apabila harga dijual lebih murah daripada di negara pengekspor­t dengan konsep mudah difahami berlaku ‘pembuangan harga’ di negara ini.

“Justeru kita memerlukan beberapa pembuktian dan perlu menghantar petisyen ini kepada MITI.

“Bagi pihak kementeria­n kita membantu menyediaka­n data kepada penyedia petisyen sebelum mereka menyerahka­nnya kepada MITI,” katanya.

Beliau berkata, MOA akan memaklumka­n perkara itu kepada negara berkaitan sebelum duti import sehingga 20 peratus dikenakan kepada produk yang masih berada di negara asal, sekiranya benar-benar berlaku.

Mengulas lanjut katanya, Ketua Setiausaha MOA akan menyerahka­n borang untuk dilengkapk­an penanam cili sebagai petisyen sekiranya lambakan cili memang berlaku.

“Borang ini perlu diisi dengan lengkap supaya kementeria­n dapat bertindak sekiranya benar-benar berlaku lambakan cili hingga harganya jatuh.

“Kita bertanggun­gjawab mengambil sebarang tindakan sekiranya benar ada laporan dilaporkan petani bagi mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Katanya, kementeria­n sentiasa mengambil tahu segala isu dibangkitk­an pengusaha cili dengan rata-ratanya mahu kerajaan memperjuan­gkan dari segi harga.

“Di mana penanam cili pada hari ini menghadapi tekanan harga hingga tidak dapat menampung kos pengeluara­n dari projek dilaksanak­an itu,” katanya.

Katanya, FAMA turut mengambil inisiatif meletakkan harga ladang bagi cili RM4.50 sekilogram sekali gus memanfaatk­an 800 petani terutama mengusahak­an projek ladang kontrak FAMA.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia