Harian Metro

TUJUH TERJEBAK

- Mahaizura Abd Maliki cnews@nstp.com.my

Tujuh daripada 100 remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun mengaku pernah melakukan seks.

Biarpun kelihatan kecil, namun angka itu sebenarnya mewakili 7.3 peratus atau lebih 156,000 remaja di negara ini yang terbabit dengan tingkah laku seks.

Pegawai Penyelidik Utama Kesihatan Remaja, Institut Kesihatan Umum (IKU), Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Dr S Maria Awaluddin berkata, dapatan itu diperoleh hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2017 dilakukan di 212 sekolah menengah di seluruh negara yang dipilih secara rawak tahun lalu.

“Hasil tinjauan itu mendedahka­n 35 peratus remaja lelaki dan 27 peratus remaja perempuan daripada kumpulan yang pernah melakukan seks terbabit dalam aktiviti itu sebelum usia 14 tahun.

“Selain itu, kita turut mendapati 21 peratus remaja lelaki pernah melakukan hubungan seks lebih daripada satu pasangan berbanding 11 peratus remaja perempuan.

“Sebanyak enam peratus remaja lelaki dan lima peratus remaja perempuan mengaku masih lagi melakukan hubungan seks,” katanya ketika ditemui di IKU, di sini, semalam.

Menurutnya, hanya 12 peratus daripada golongan yang pernah melakukan seks itu menggunaka­n kondom manakala 10 peratus lagi memakai kaedah perlindung­an lain bagi mengelakka­n kehamilan.

“Prevalen pernah melakukan seks dalam kalangan remaja mendapati Pahang muncul negeri tertinggi iaitu 9.5 peratus.

“Kajian lebih mendalam perlu dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenar perlakuan negatif ini.

“Namun kita tidak menolak faktor yang mempe- ngaruhi tingkah laku seks remaja ini ada kaitan dengan pendedahan video atau gambar lucah, pengaruh kawan, pengambila­n dadah dan menghisap rokok serta faktor berkaitan,” katanya yang memberitah­u laporan penuh kaji selidik itu boleh dimuat turun di laman sesawang, www.iku.gov.

Katanya, tindakan perlu dilakukan pihak berkaitan apabila tinjauan sama turut mendedahka­n tingkah laku negatif lain yang dikenal pasti berisiko tinggi menjadi penyumbang utama kepada peningkata­n gejala sosial dalam kala- ngan remaja.

“Sebanyak 13.8 peratus remaja merokok, 10.2 peratus remaja mengamalka­n minuman alkohol dan 4.3 peratus remaja mengambil dadah.

“Selain itu, 29 peratus remaja ketagihan Internet dan 29.4 peratus remaja ponteng sekolah turut dilihat penyumbang kepada gejala sosial.

“Bagi membendung perkara ini, program kesedaran dan pencegahan di peringkat sekolah dan komuniti perlu diperluask­an dengan kerjasama semua pihak dan kementeria­n berkaitan,” katanya.

Prevalen pernah melakukan seks dalam kalangan remaja mendapati Pahang muncul negeri tertinggi iaitu 9.5 peratus”

Dr S Maria

 ??  ??
 ??  ?? DR S Maria
DR S Maria

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia