Harian Metro

EPISOD MENGEJUTKA­N TAK MASUK AKAL

- Safeek Affendy Razali cnews@nstp.com.my Safeek Affendy Razali cnews@nstp.com.my

“Sepatutnya, mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar saja wajar dikenakan tindakan mengikut Akta Pertubuhan jika mereka dikesan melakukan kesalahan,” kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan timbalan pendakwa raya meminda pertuduhan terhadap 57 ahli kumpulan Geng 360 Kajang Devan di Kompleks Penjara Kajang, Khamis lalu yang dianggap mengejutka­n.

Ini kerana tuduhan terhadap ahli kumpulan jenayah terancang (KJT) terbabit yang sebelum ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) secara tiba-tiba dipinda kepada Akta Pertubuhan yang membawa hukuman dianggap jauh lebih ringan.

Berdasarka­n rekod Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Geng 360 Kajang Devan sebelum ini ditahan kerana terbabit dalam beberapa siri kes pembunuhan, memiliki senjata api, pengedaran dadah, pemerasan serta culik.

Musa berkata, kumpulan Geng 360 Kajang Devan adalah kumpulan tidak pernah berdaftar kerana mereka terbabit dalam pelbagai kegiatan dan aktiviti jenayah serius.

“Saya tidak rasa ada KJT seperti Geng 360 Kajang Devan ini berdaftar dengan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (RoS) kerana mereka terbabit dalam aktiviti peras ugut, dadah, culik dan bunuh.

“Mereka (ahli Geng 360 Kajang Devan) melakukan jenayah serius dan wajar dikenakan hukuman sepatutnya berdasarka­n jenayah yang mereka lakukan sebelum ini.

“Kalau diikutkan peruntukka­n undang-undang paling sesuai sekarang yang digubal Parlimen sebelum ini berdasarka­n tindakan kumpulan terbabit (360 Kajang Devan) adalah mengikut peruntukan Kanun Keseksaan.

“Justeru, sebagai langkah susulan paling tepat, PDRM perlu membuat rayuan di mahkamah lebih tinggi dalam mempertaha­nkan tindakan mereka melaksanak­an penguatkua­saan SOSMA yang dijalankan terhadap semua kumpulan kongsi gelap atau jenayah terancang sebelum ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berkata, tindakan terhadap KJT itu sewajarnya diteruskan kecuali ada sebab-sebab munasabah mengapa pertuduhan SOSMA ditukar kepada Akta Pertubuhan.

“Jika tidak ada cacat cela dengan tindakan pertuduhan di bawah SOSMA maka hukuman terhadap ahli Geng 360 Kajang Devan perlu diteruskan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, jadi kenapa pula pertuduhan ini hendak diubah,” katanya.

Pindaan hukuman terhadap 57 ahli Kumpulan Jenayah Terancang (KJT) iaitu Geng 360 Kajang Devan di Mahkamah Kajang, Khamis lalu, turut dianggap tidak masuk akal.

Ini kerana tindakan meminda pertuduhan ke atas kumpulan terbabit yang sebelum ini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kepada Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 adalah sesuatu yang tidak adil kepada mangsa dan keluarga mereka.

Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kerajaan perlu faham peruntukan undang-undang SOSMA yang diambil terhadap kumpulan kongsi gelap terbabit adalah berdasarka­n kesalahan serius dilakukan mereka.

“Saya rasa tidak semestinya apabila sesebuah kerajaan bertukar, undang-undang juga harus dipinda kerana perkara ini adalah membabitka­n keselamata­n dan ketenteram­an awam, di manakah keadilan terhadap mangsa atau ahli keluarga yang pernah menjadi sasaran kumpulan ini.

“Jika perkara ini berterusan, saya khuatir natijahnya nanti kejadian tembak, culik, bunuh, pemerasan serta pengedaran dadah akan kembali berleluasa seperti sebelum ini sehingga pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) bagi melumpuhka­n KJT,” katanya ketika dihubungi,di sini, semalam.

Selain tindakan meminda hukuman dianggap tidak kena pada tempatnya, beliau meminta kerajaan menjelaska­n adakah wang tunai, aset dan barang kemas dirampas daripada KJT akan dikembalik­an apabila mereka dibebaskan.

“Jika aset dikembalik­an, berkemungk­inan mereka mampu menghidupk­an kembali sesebuah kumpulan kongsi gelap baru bersama ahli yang masih belum dapat diberkas polis,” katanya.

Beliau berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat menimbang semula pindaan hukuman terhadap mereka yang dikenakan tindakan SOSMA terutama membabitka­n jenayah serius seperti kumpulan kongsi gelap.

Katanya, keselamata­n dan ketenteram­an awam mesti menjadi keutamaan tanpa kompromi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, undang-undang SOSMA adalah amat tepat digunakan terhadap KJT selepas Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) dihapuskan.

“Kalau kita melihat Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah itu sendiri membolehka­n polis melakukan tangkapan dulu berdasarka­n siasatan awal yang dibuat sebelum seseorang itu dapat dibuktikan bersalah seterusnya menjalani proses pertuduhan,” katanya.

„ Musa Hassan ulas keputusan pinda pertuduhan 57 ahli Geng 360 Kajang Devan „ Pindaan tidak adil kepada mangsa dan keluarga mereka

 ??  ?? AHLI Geng 360 Kajang Devan dibawa untuk perbicaraa­n di Mahkamah Sesyen Kajang.
AHLI Geng 360 Kajang Devan dibawa untuk perbicaraa­n di Mahkamah Sesyen Kajang.
 ??  ??
 ??  ?? DR Noor Azmi
DR Noor Azmi
 ??  ?? MUSA Hassan
MUSA Hassan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia