Harian Metro

SERI SETIA MILIK PH

- Rohaniza Idris dan Siti Nur Mas Erah Amran cnews@nstp.com.my

Halimey peroleh 13,725 undi tewaskan calon PAS Dr Halimah Penurunan pengundi juga mungkin kerana mereka beranggapa­n apa juga keputusan daripada kedua-dua PRK malam ini tidak mengubah senario politik semasa”

Othman Mahmood

Pakatan Harapan (PH) menepati ramalan untuk terus kekal di Parlimen Seri Setia apabila memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti 4,027 undi berbanding PAS.

Calon PH, Halimey Abu Bakar memperoleh 13,725 undi menewaskan calon PAS Dr Halimah Ali dengan 9,698 undi.

Kemenangan Halimey itu diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) PRK Seri Setia, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain.

Beliau berkata, jumlah undian keseluruha­n adalah 23,423 manakala 164 kertas undi ditolak dan peratusan keluar mengundi adalah 44.1 peratus.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood mengumumka­n peratusan pengundi yang keluar mengundi di PRK Seri Setia sebanyak 44.1 peratus dan PRK Balakong (43 peratus). Katanya, SPR akan menyemak semula untuk mengetahui sebab penurunan jumlah pengundi keluar mengundi untuk kedua-dua PRK

” Ada kemungkina­n faktor PRU14 yang baru saja berlangsun­g empat bulan lalu salah satu sebab pengundi tidak keluar mengundi.

“Penurunan pengundi juga mungkin kerana mereka beranggapa­n apa juga keputusan daripada kedua-dua PRK malam ini tidak mengubah senario politik semasa,” katanya.

 ??  ?? HALIMEY disorak selepas memenangi PRK DUN Seri Setia di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
HALIMEY disorak selepas memenangi PRK DUN Seri Setia di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia