Harian Metro

TAK TAHU LAGI PIL APA

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@nstp.com.my

Polis masih kenal pasti ‘ubat’ diberikan

penyamun kepada dua mangsa

Polis belum mengenal pasti jenis pil yang dimasukkan ke dalam badan dua mangsa samun Alias Simin, 67, dan Mariam Mahmud, 66, dalam kejadian samun di Kampung Pernu, di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, bagaimanap­un Alias sudah dibenarkan pulang oleh Hospital Melaka manakala isterinya, Mariam masih dirawat di wad zon kuning Jabatan Forensik dan Trauma hospital sama.

“Kami sudah mendapatka­n maklumat lanjut daripada kedua-dua mangsa dan kami dapati mangsa mengalami kerugian sebanyak RM23,000.

“Kerugian wang tunai RM4,000 manakala barang kemas seperti rantai leher, rantai tangan dan dua bentuk cincin emas yang dipakai Mariam disamun dianggar ber- nilai RM19,000,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya belum mendapat petunjuk baru yang boleh membawa kepada tangkapan suspek.

Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai disamun dua individu yang tidak berhati perut apabila mengikat dan memaksa kedua-dua mangsa menelan tiga pil kecil dan tiga pil besar sehingga mereka tidak sedarkan diri.

Malah mangsa juga ditumbuk pada pipi kanan dan hidung selain diacu pisau pemotong sayur yang diambil dari dapur rumah terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpula­n dan bersenjata.

 ??  ?? AFZANIZAR
AFZANIZAR
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia