Harian Metro

SELAMAT DIMAKAN

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@nstp.com.my

Analisis sampel isi udang galah murah

dapati semuanya patuh peraturan

Hasil analisis 56 sampel produk isi udang galah murah yang tular sebelum ini mendapati semuanya mematuhi Akta Makanan 1983 serta Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta selamat untuk dimakan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, analisis dan pemantauan udang galah dijalankan Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan di pasaran tempatan.

Beliau berkata, Kementeria­n Kesihatan akan terus memantau produk berkenaan dan makanan lain di pasaran termasuk di pintu masuk negara bagi memastikan ia mematuhi perundanga­n makanan.

“Seksyen 13 Akta Makanan 1983 menetapkan mana-mana orang yang menyediaka­n atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan beracun, merosakkan atau memudaratk­an kesihatan adalah melakukan satu kesalahan.

“Apabila disabitkan, merek boleh denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Pada 13 Ogos lalu, media melaporkan lambakan udang galah murah di Malaysia didakwa boleh menyebabka­n gatal, bengkak, bengkak hidung, mata berair serta cirit-birit dan muntah.

Susulan itu, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya melakukan pemantauan berterusan ke atas makanan itu di pasaran tempatan dan di pintu masuk negara bagi memastikan ia selamat.

Beliau berkata, Kementeria­n Kesihatan peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Katanya, pengguna yang ada kemusykila­n berhubung sebarang isu keselamata­n makanan, mereka boleh menghubung­i Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman web http: //moh.spab.gov. my atau Facebook Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

 ??  ?? BOT nelayan yang ditahan menceroboh kawasan larangan di perairan dekat RAPID.
BOT nelayan yang ditahan menceroboh kawasan larangan di perairan dekat RAPID.
 ?? Dr Noor Hisham ?? Kementeria­n Kesihatan peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna”
Dr Noor Hisham Kementeria­n Kesihatan peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia