Harian Metro

KUKUH INTEGRITI IMIGRESEN

- Amir Abd Hamid amir_hamid@mediaprima.com.my

Memegang amanah di agensi antara yang paling berisiko terpalit isu suapan iaitu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) adalah cabaran bukan saja dipikul untuk dirinya.

Malah, Pengarah

Akademi Imigresen

Malaysia (AIMM) Mohd

Jasmi Mohd Juwahir turut dipertangg­ungjawabka­n membentuk ribuan pegawai rekrut baru supaya berintegri­ti ketika menerima acuan latihan di AIMM Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menceritak­an pengalaman 29 tahun di JIM, Mohd Jasmi berkata, secara dasar dunia pekerjaann­ya berkisar di pintu masuk negara dan kawalan di samping bertugas di bahagian penguatkua­saan dan komandan depoh.

“Saya lapor diri pada 19 Ogos 1990, masa itu gred KP8 yang sekarang dipanggil KP19. Tugas terawal di Tambak Johor, Johor.

“Pada masa sama saya melanjutka­n pengajian jarak jauh mengambil jurusan Diploma Pentadbira­n Awam di Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebelum dinaikkan ke gred KP29 dan ditempatka­n di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, Johor.

“Seterusnya pada 2002 saya dilantik sebagai Ketua Imigresen Pelabuhan Tanjung Pelepas, tiga tahun kemudian kembali ke

KSAB sebagai Timbalan Ketua Imigresen sebelum bertukar ke beberapa tempat termasuk sebagai Komandan Depoh Imigresen Pekan Nanas, Pontian.

“Februari tahun lalu dilantik sebagai Pengarah AIMM hingga kini. Di akademi ini bermula latihan kadet imigresen sebelum mereka berkecimpu­ng dalam karier sebenar manakala yang senior pun kita panggil untuk berkursus dan melatih semula sebagai usaha penambahba­ikan sumber manusia khususnya penerapan integriti,” katanya.

Menurutnya, majoriti kadet baru tamat latihan selama 49 hari di AIMM ditempatka­n di pintu masuk negara iaitu antara paling berisiko terjadi salah laku.

Mohd Jasmi berkata, sehubungan itu pegawai berintegri­ti tinggi diperlukan bagi menjaga pintu masuk negara kerana jika seorang dua yang membuat onar, ia bukan saja menjejaska­n pegawai itu secara individu malah seluruh jabatan turut terpalit.

“Akan ada pandangan skeptikal...ha itulah imigresen bukannya boleh harap jaga pintu masuk dan itu yang kita nak elakkan.

“AIMM membentuk pegawai supaya lasak, kebal dalam erti kata sanggup berkata ‘tidak’ untuk sebarang cubaan merasuah.

“Selain modul tersendiri berdasarka­n cabaran semasa di lapangan, kita pun ada buat beberapa program dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Akademi nak tunjukkan pentingnya setiap pegawai menjaga integriti supaya imigresen tidak dipandang rendah atau skeptikal negatif,” katanya.

Ditanya mengenai istilah tertentu seperti pintu masuk negara di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) contohnya ‘kebun getah’ kita toreh sikit saja bukannya nak toreh semua bagi menggambar­kan hanya ambil sogokan jumlah sedikit saja untuk lepaskan warga asing tanpa mengikuti prosedur yang dilakukan segelintir pegawai imigresen senior, beliau berkata pihak akademi memang sudah berpesan mengenai cabaran di lapangan kerja kepada rekrut baru.

Katanya, ini termasuk dalam modul ada memaparkan statistik kesalahan serta hukuman dikenakan kepada pegawai melanggar peraturan dan undang-undang yang sudah termaktub.

“Contohnya kes KLIA, ada pegawai ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Kita paparkan semula kes ini kepada rekrut untuk menimbulka­n rasa gerun melakukan kesalahan.

“Mereka dibentuk dengan kesedaran supaya walaupun tidak diselia, sedang bekerja sendirian tetapi melalui latihan di akademi dengan penerapan modul pengajaran mereka boleh menjaga integriti.

“Kenapa kita bagi statistik hukuman itu ialah sebagai penjelasan jika buat kesalahan rasuah inilah bahananya.

“Dalam istilah imigresen kamu tiada peluang kedua. Ditangkap pasti dikenakan tindakan,” katanya.

Menurutnya, setiap pegawai imigresen dibentuk sesuai dengan moto JIM iaitu Integriti, Profesiona­l, Mesra sekali gus setiap warganya perlu faham kenapa slogan itu dipilih.

“Integriti maksudnya luas, bukan hal rasuah saja... disiplin, datang kerja awal, mematuhi masa, itu kita terapkan di akademi.

“Contohnya, kita tak mahu disebabkan seseorang pegawai gagal tepati masa menyebabka­n kaunter di pintu masuk negara kosong dan menjadi cemuhan serta rungutan masyarakat,” katanya.

 ?? FOTO ?? MOHD Jasmi ketika temuramah di Pejabat Akademi Imigresen Malaysia.
FOTO MOHD Jasmi ketika temuramah di Pejabat Akademi Imigresen Malaysia.
 ??  ?? MOHD Jasmi meninjau sekitar kawasan Akademi Imigresen.
MOHD Jasmi meninjau sekitar kawasan Akademi Imigresen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia