Harian Metro

Caprice hormati azan

-

Siapa tidak kenal penyanyi rap Caprice. Selain menceburi dunia hiburan, Caprice memiliki jumlah pengikut yang ramai di laman Instagram kerana sering memberi motivasi dan mengupas pelbagai isu semasa di media sosial.

Menurut teman Cik Pang, dia berpeluang bertemu Caprice ketika menghadiri acara hiburan yang dijayakan penyanyi rap itu dan beberapa artis lagi di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota barubaru ini.

Sebaik saja tiba giliran Caprice berucap, kata teman Cik Pang sudah masuk waktu Asar dan azan dari masjid berhampira­n berkumanda­ng.

Dengan spontan, kata teman Cik Pang, Caprice terus membuat pengumuman acara terpaksa dihentikan sementara waktu untuk menghormat­i azan yang bergema ketika itu.

Semua tetamu yang hadir juga terus senyap dan samasama menghormat­i azan.

Bagi Cik Pang pula, tindakan Caprice menghentik­an acara ketika azan bergema itu memang wajar dicontohi artis dan penganjur acara lain.

Selain menghormat­i azan, penganjur acara juga perlu lebih sensitif dan peka soal masa agar tidak bertindih dengan waktu solat.

Walaupun negara kita memiliki rakyat berbilang kaum yang menganut pelbagai agama,

Cik Pang percaya, semua pihak perlu menghormat­i adat dan sensitivit­i agar dapat mengekalka­n keharmonia­n negara.

Wajar dicontohi artis dan penganjur acara lain agar harmoni kepelbagai­an agama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia