Harian Metro

Musnah karier kerana cinta

-

Bukan semua kisah cinta berakhir ke jenjang pelamin. Begitu juga kisah cinta artis jelita ini bersama kekasihnya yang putus di pertengaha­n jalan.

Menurut teman Cik Pang, artis jelita ini khabarnya masih mencintai bekas kekasihnya itu.

Walaupun sudah berusaha berkawan dengan lelaki lain, sukar untuknya melupakan bekas buah hatinya itu.

Lebih teruk lagi, kata teman Cik Pang, artis ini akan mengambil bahan terlarang dan bersosial di pusat hiburan untuk melupakan seketika kesedihann­ya akibat putus cinta itu.

Justeru, kata teman Cik Pang, artis ini tidak dapat fokus pada karier seninya kerana masih memikirkan bekas kekasihnya.

Malah, pengurusny­a juga pening kepala untuk mengatur jadual kerja artis ini kerana sering menimbulka­n pelbagai masalah termasuk aspek disiplin dan ketepatan masa.

Bagi Cik Pang, sepatutnya artis ini bangkit daripada kekecewaan yang dialami. Cubalah bina hidup baru dan jangan terbuai dengan cinta yang tidak menjanjika­n apa-apa.

Lagipun, bak kata pepatah bunga bukan sekuntum dan kumbang bukannya seekor. Ramai lagi yang boleh dijadikan pasangan hidup, tinggal lagi kesediaann­ya untuk buka pintu hati.

Sayang, dia punya pakej lengkap tetapi mensia-siakannya begitu saja kerana seorang lelaki. Lebih baik, dia fokus semula pada karier dan pulih imej yang tercalar teruk sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia