Harian Metro

QASEM SERONOK, TENANG

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Cita-cita asal lelaki ini ingin bergelar doktor pergigian dan kembali berkhidmat di negara tercinta. Justeru, Qasem Muhammed bertindak meninggalk­an Yaman untuk ke India bagi melanjutka­n pelajaran dalam bidang pilihannya.

Namun, perjalanan takdir membawa lelaki berusia 27 tahun ini ke Malaysia sebaik konflik perang saudara di negaranya meruncing.

Perkahwina­n dengan wanita tempatan berasal dari utara membuka ruang karier baru buat Qasem apabila menceburka­n diri dalam bidang kulinari dan perniagaan. tempatan dan memiliki seorang cahaya mata. Meskipun sudah dua tahun berumah tangga, saya masih tidak berpeluang membawa isteri dan anak pulang ke Yaman.

Saya mampu berbahasa Inggeris, maka tidak sukar bagi saya untuk berkomunik­asi dengan rakyat tempatan. Cuma saya bermasalah dengan makanan pedas yang menjadi cita rasa Malaysia.

Apabila sudah berkahwin, isteri dan ibu mentua sering memasak makanan pedas, saya mula membiasaka­n diri dan kini, hidangan pedas adalah kegemaran saya. pada Aidiladha tahun yang sama. Kini, kami mempunyai seorang cahaya mata.

Selain itu, saya sentiasa teruja melihat Menara Berkembar Petronas yang menjadi simbol kemajuan dan pembanguna­n negara Islam. Malah, saya juga tertarik dengan keharmonia­n penduduk tempatan yang berbilang bangsa, agama dan bahasa.

Selain Kuala Lumpur, saya menyukai Pulau Langkawi yang memiliki ciri pulau dan bandar seperti kampung halaman di Aden.

Tak kenal maka tak cinta. Selepas mencubanya, saya mula menyukai raja buah ini serta buah-buahan tempatan lain terutama rambutan dan manggis. Sajian tempatan pilihan saya adalah nasi goreng, gulai lemak ayam cili padi, sambal belacan dan sambal tumis ikan bilis.

 ?? FOTO ?? QASEM bersama keluarga.
PROFIL
NAMA: Qasem Muhammed
LAHIR: 19 Januari 1991 ASAL: Aden, Yaman KERJAYA: Cef
STATUS: Berkahwin KEDIAMAN: Batu Caves, Selangor
FOTO QASEM bersama keluarga. PROFIL NAMA: Qasem Muhammed LAHIR: 19 Januari 1991 ASAL: Aden, Yaman KERJAYA: Cef STATUS: Berkahwin KEDIAMAN: Batu Caves, Selangor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia