Harian Metro

EURO CARS RAI PELANGGAN

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

Bagi menghargai sokongan pelanggan setianya, pengedar tunggal kenderaan penumpang jenama Renault tempatan, TC Euro Cars (TCEC) menganjurk­an program ‘Renault Durian Drive’, baru-baru ini.

Lebih 20 model Renault merangkumi Koleos dan Captur membabitka­n hampir 50 peserta menuju Bentong, Pahang untuk menikmati raja buah itu.

Selepas menikmati sarapan pagi dan taklimat perjalanan serta keselamata­n, peserta mula bergerak dari Petaling Jaya, Selangor dalam cuaca hujan.

Sepanjang perjalanan, pemilik berpeluang menguji sistem keselamata­n kenderaan masing-masing ketika menyusuri Lebuhraya Karak.

Ketua Pegawai Eksekutif TCEC, Kuan Kim Luen berkata, program santai sambil menikmati durian itu adalah satu cara pihaknya membalas kepercayaa­n pelanggan yang memilih jenama Renault sebagai kenderaan mereka.

“Rata-rata peserta yang menyertai aktiviti ini terdiri dalam kalangan berkeluarg­a, selain dapat bersama-sama menikmati pemandanga­n menarik sepanjang laluan,” katanya.

Jarak perjalanan melebihi 120 kilometer (km) berjalan lancar dengan konvoi dibahagika­n kepada dua kumpulan diketuai pasukan pengiring (marshal) berpengala­man dalam memastikan keselamata­n di jalan raya.

Setiba mereka di dusun durian, rata-rata peserta tidak sabar menikmati raja buah itu daripada varian Musang King dan D24.

Selain itu, sesi melawat sekitar dusun diadakan untuk mengetahui dengan lebih dekat proses penjagaan

Pemilik Renault dibawa berkonvoi ke Bentong khusus makan durian

pokok durian sehingga mampu menghasilk­an buah berkualiti tinggi.

Selepas hampir dua jam menjamah durian, berehat dan berbual, peserta kemudian mula bergerak pulang ke destinasi masingmasi­ng.

 ??  ?? RENAULT Captur dan Koleos. ANTARA pemilik Renault yang menyertai aktiviti.
RENAULT Captur dan Koleos. ANTARA pemilik Renault yang menyertai aktiviti.
 ??  ?? KONVOI bergerak lancar.
KONVOI bergerak lancar.
 ??  ?? PROGRAM Renault Durian Drive meriah.
PROGRAM Renault Durian Drive meriah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia