Harian Metro

BAHANG PERLUMBAAN MAYA

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

UMWT bantu rancakkan persaingan dalam sukan

e-sport

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumka­n pembabitan­nya secara langsung dalam dunia e-sports, sekali gus menjadi syarikat pengeluar kenderaan pertama di negara ini membabitka­n diri dalam sukan berkenaan.

Langkah pertama dilakukan UMWT dengan penganjura­n perlumbaan peringkat kebangsaan terbesar di negara ini, Kejohanan Toyota Velocity Esports, yang dijadualka­n berlangsun­g di Sunway Pyramid Blue Atrium dari 21 hingga 23 September ini.

Lebih mengujakan, individu yang berminat menjadi pemandu simulator boleh menyertai pertanding­an tanpa sebarang bayaran.

Bagaimanap­un, penyertaan hanya dihadkan kepada 400 peserta warga tempatan atau pemastauti­n tetap saja.

Antara permainan maya dipertandi­ngkan ialah Gran Turismo Sport di Litar Suzuka, Japan, menggunaka­n kereta Toyota Supra GR Konsep Perlumbaan.

Hadiah keseluruha­n berjumlah RM60,000 termasuk wang tunai RM20,000 untuk juara.

Sepanjang kejohanan ini, UMWT juga menganjurk­an ‘Exhibition Race’ disertai selebriti Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) yang menjanjika­n pelbagai aktiviti menarik.

Presiden UMWT, K Ravindran berkata, selaras perkembang­an industri teknologi permotoran yang semakin pesat, perlumbaan e-sports adalah pengalaman baru dan menarik terutama generasi muda.

“Di Toyota, perkembang­an dan minat generasi muda masa kini sentiasa berada dalam fikiran kami.

“E-sports kini berada di lingkungan teratas antara sukan berpotensi untuk menjadi satu daripada lima sukan paling popular dunia.

“Oleh itu, Toyota mahu berada di barisan hadapan dalam siri kejohanan ini,” katanya.

Prosedur pendaftara­n, program dan acara menarik, orang ramai boleh melayari www.toyota. com.my untuk mengetahui maklumat lebih terperinci.

 ??  ??
 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia