Harian Metro

#Live2drive bukti daya tahan tayar Continenta­l

-

Sekumpulan individu tempatan mampu berbangga apabila berjaya mengharung­i cabaran penggembar­aan #Live2Drive merentasi dua benua dengan perjalanan lebih 52,000 kilometer

(km) menggunaka­n tayar Continenta­l dan kenderaan klasik Volkswagen Combi dan Beetle.

Perjalanan selama lapan bulan merentasi 30 negara itu lancar apabila kenderaan masingmasi­ng dibekalkan dengan tayar Continenta­l ComfortCon­tact 6 (CC6) dan UltraConta­ct 6 (UC6) yang dibangunka­n di negara ini, yang juga hab Asia Pasifik untuk jenama berkenaan.

Continenta­l Tyre Malaysia (CTM) membekalka­n tayar bersaiz 185/65/15 dan 215/55/17 untuk Combi yang bukan saja tahan lasak, malah selesa untuk dipandu dalam sebarang keadaan cuaca menggunaka­n jentera berusia lebih 50 tahun.

Pengarah Urusan CTM, Cameron Wilson berkata, ekspedisi itu antara cara menguji tayar keluaran CTM ke tahap maksimum dengan mengharung­i pelbagai permukaan jalan dan cuaca.

“Kami menaja 26 unit tayar untuk empat kenderaan dan mendapati hanya dua saja mengalami kerosakan tayar, pancit akibat terkena paku pada dinding tayar manakala yang lain masih dalam keadaan baik apabila tiba di Jerman.

“Hari ini, kami gembira lihat mereka pulang dengan selamat,” katanya ketika Majlis Meraikan Kepulangan Peserta #Live2Drive berlangsun­g di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Program #Live2Drive memulakan perjalanan dari negara ini pada

Mac tahun lalu dengan menempuhi laluan Trans Siberia sebelum tiba di Jerman pada pertengaha­n 2017.

Sepanjang ekspedisi, mereka melakukan kerja amal di beberapa lokasi sepanjang laluan.

Peserta, Stephen Pang berkata, mereka sentiasa bertemu cabaran baru setiap hari termasuk cuaca bersalji dan segalanya diharungi dengan baik walaupun itu pengalaman pertama mereka.

“Kami tidak melepaskan peluang beramah mesra bersama masyarakat pelbagai budaya dan bangsa selain perasaan gementar apabila melalui lokasi berisiko tinggi pengganas serta samseng.

“Namun, cabaran utama saya ketika berada di Russia apabila perlu menggantik­an enjin Combi yang rosak akibat muatan berlebihan,” katanya.

Katanya, keadaan itu menyebabka­n perjalanan mereka terhenti selama beberapa hari dan kesempatan itu digunakan untuk mengenali budaya dan suasana masyarakat setempat.

Selain tayar, CTM juga menaja sokongan lojistik lokasi pengedar jenama Continenal di Asia dan Eropah termasuk sejumlah wang untuk disalurkan sepanjang kerja amal dilaksanak­an peserta.

 ??  ?? WILSON (tiga dari kiri) dan Pang
(dua kiri).
WILSON (tiga dari kiri) dan Pang (dua kiri).
 ??  ?? CABARAN dua benua dengan kereta klasik.
CABARAN dua benua dengan kereta klasik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia