Harian Metro

‘MUSCLE CAR’ PEUGEOT

Sedan 508 berkuasa turbo jengah pasaran tempatan tahun hadapan

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

Sekilas pandang, ramai tidak menyangka sedan dipandu penulis ketika berada di Monte Carlo, baru-baru ini, adalah keluaran Peugeot.

Namun begitulah realitinya apabila masingmasi­ng menyangka model berkenaan adalah keluaran negara asing atau buatan Amerika Syarikat (AS) terutama apabila melihat bahagian belakang sedan berkenaan.

Penulis juga terkejut dengan reka bentuk model terbaru ini yang lebih kelihatan sado atau di AS, mereka menggelark­annya sebagai ‘muscle car’.

Namun, peredaran zaman membolehka­n jentera ‘sado’ ini direka bentuk bukan untuk kelajuan sematamata, juga menjadi sedan keluarga yang serba mewah dan menarik. Inilah buah tangan terbaru Peugeot daripada keluarga 508.

Apa yang pasti, Peugeot 508 bukan lagi kenderaan untuk ‘golongan pesara’ atau golongan korporat sebaliknya mampu menarik minat golongan muda atau mereka yang mahukan sebuah sedan keluarga.

Untuk makluman pembaca, model ini kali pertama diperlihat­kan kepada umum pada Pameran Motor Geneva 2018, Mac lalu, hingga mendapat pujian banyak pihak.

Seperti sebuah ‘muscle car’, Peugeot 508 hadir dengan reka bentuk kontur luaran lebih lebar dan agresif jika dilihat daripada segenap sudut.

Perumah lampu hadapan direka dengan ciri futuristik menempatka­n sepasang lampu utama projektor dan lampu nyalaan siang (DRL) LED seakan-akan taring yang bersambung ke bampar.

Gril hadapan dengan rekaan tiga dimensi (3D) seperti model 3008 dan

5008 dengan logo singa terpampang megah di tengahnya.

Bahagian belakang pula menempatka­n perumah lampu berbentuk lebih tirus dan tipis dengan tiga jalur cahaya ‘kuku singa’ untuk lampu brek.

Walaupun dikategori­kan sebagai sedan Segmen D, ciri sporty tidak dipinggirk­an apabila model ini didatangka­n bersama

spoiler

 ??  ?? PERUBAHAN ketara Peugeot 508.
PERUBAHAN ketara Peugeot 508.
 ??  ?? BAHAGIAN belakang umpama jentera Amerika.
BAHAGIAN belakang umpama jentera Amerika.
 ??  ?? PINTU frameless cetus imej sport.
PINTU frameless cetus imej sport.
 ??  ?? KERUSI pemandu dan penumpang hadapan
potongan bucket
KERUSI pemandu dan penumpang hadapan potongan bucket
 ??  ?? RUANG kokpit bergaya dan kemas.
RUANG kokpit bergaya dan kemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia