Harian Metro

TERBUKTI MEMANG BERKUASA

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

Petron babitkan diri dalam perlumbaan motor paling

sukar di dunia

Pengembara­an Ekspedisi Hutan 4x4 Rainforest

Trophy Malaysia 2018 yang dikuasakan

Petron Diesel Euro 5 berjaya membuktika­n keunggulan­nya dalam memacu jentera lasak untuk melepasi halangan sukar.

Dibawakan khas penganjur Rainforest Challenge (RFC), Rainforest Trophy 2018 menguji semangat berpasukan, daya ketahanan dan kemahiran off-road pemanduan 4x4 masing-masing apabila menavigasi hutan hujan di pantai timur Malaysia.

Sejumlah 100 pasukan peminat pemanduan ekstrem 4x4 cuba mengatasi halangan seperti membina jambatan untuk menyeberan­gi sungai, bukit, paya, kolam lumpur, menurun bukit dan banyak lagi.

Dilancarka­n pada 2017, edisi kedua Rainforest Trophy berakhir di Gua Musang, Kelantan selepas tujuh hari yang mencabar dan memenatkan.

Cabaran ketahanan ini bermula di Kota Bharu pada 14 Julai.

Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron Malaysia, Faridah Ali berkata, Rainforest Trophy menunjukka­n aksi terbaik daripada peserta yang bersatu demi minat terhadap aktiviti luar yang sangat lasak.

“Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman ini yang sangat menyeronok­kan serta mencabar, dan kami memuji semua pasukan untuk kemahiran dan semangat yang sememangny­a luar biasa,” katanya.

Terdahulu, peserta melakukan hentian pit di stesen minyak Petron di sepanjang jalan ke Tanah Merah, Kelantan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Krai.

Satu anugerah khas untuk ‘Semangat Berpasukan Terbaik’ dipilih peserta dan menjadi milik pasukan media.

Di sepanjang pemanduan, pemandu off-road dan peminat pengembara­an juga diberi peluang untuk menyumbang kepada komuniti yang memerlukan di Pos Gob, sebuah Kampung Orang Asli yang terletak paling jauh di Kelantan dari 18 hingga 20 Julai.

Dalam musim Rainforest Challenge 2018 baharu yang akan bermula pada November, Petron Diesel Euro 5 akan terus menaja acara 4x4 utama yang diadakan secara eksklusif di Malaysia.

Dikenali antara sepuluh perlumbaan motor paling sukar di dunia, Rainforest Challenge 2018 menjadi perlumbaan lasak yang direka untuk mereka yang berani bersama jentera di hutan hujan yang tebal di Malaysia.

Petron Diesel Euro 5 berteknolo­gi tinggi adalah satu-satunya diesel mesra alam sekitar dengan kuasa ‘turbo’ di Malaysia.

 ??  ?? PESERTA membantu kenderaan rakan yang terkandas.
PESERTA membantu kenderaan rakan yang terkandas.
 ??  ?? PESERTA bergambar selepas berjaya menamatkan ekspedisi.
PESERTA bergambar selepas berjaya menamatkan ekspedisi.
 ??  ?? ANTARA peserta yang menyertai Rainforest Trophy 2018.
ANTARA peserta yang menyertai Rainforest Trophy 2018.
 ??  ?? PESERTA mengisi minyak sebelum memulakan ekspedisi.
PESERTA mengisi minyak sebelum memulakan ekspedisi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia