Harian Metro

RENTAS DUNIA KUMPUL DANA

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

Usianya baru 22 tahun tetapi semangat kental yang ada pada pemuda berasal dari selatan London, Henry Crew, membolehka­nnya fokus menamatkan penjelajah­an mengelilin­gi dunia lebih 56,000 kilometer (km).

Menggunaka­n jentera Ducati Scrambler Desert Sled, pengembara­an jejaka Inggeris ini juga bertujuan mengumpul dana Yayasan Movember, sebuah organisasi global ditubuhkan untuk menangani isu kesihatan dihadapi lelaki misalnya kanser prostat, kanser testis, kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri.

Pada masa sama, Henry berusaha memahat namanya dalam Rekod Dunia Guinness sebagai individu termuda mengelilin­gi dunia.

Siri penjelajah­nya membabitka­n 35 negara dengan jarak 56,327 kilometer (km).

Henry memulakan perjalanan­nya pada 3 April lalu dan sudah merentasi 17 negara antaranya Perancis, Switzerlan­d, Itali, Russia, Kazakhstan, Myanmar, India, Thailand dan Malaysia.

Beliau akan meneruskan perjalanan ke Australia dan seterusnya memasuki benua Afrika sebelum ke Amerika.

Mengikut perancanga­n, beliau akan mengakhiri siri jelajahnya di England.

Menginspir­asikan perjuangan­nya menghadapi masalah kesihatan mental, Henry secara aktif mengumpul dana untuk Yayasan Movember.

Sejak 2014, beliau sudah mengumpul dana keseluruha­n £4,300 (RM22,681), dengan £2,430 (RM12,817) dikumpul daripada inisiatif sepanjang menjelajah ke serata dunia.

Bagi menyokong usaha Henry, Ducati membantu pemuda ini menerusi rangkaian pengedar di seluruh dunia bagi melancarka­n siri jelajah berkenaan.

Ketika singgah di negara ini, pengedar tunggal Ducati tempatan, Next Bike Sdn Bhd membantu Henry memeriksa jenteranya bagi memastikan berada dalam keadaan

Pemuda Inggeris tekad mengembara 56,000km naiki jentera Ducati

Scrambler

baik untuk meneruskan perjalanan.

Next Bike juga merancang laluan pemuda ini termasuk bermula dari Pulau Pinang ke Ipoh, Perak dan Cameron Highlands, Pahang sebelum bergerak ke Tanjung Piai, Johor, yang juga penghujung selatan benua Asia dan kemudianny­a menuju ke ibu negara.

Dalam pada itu, Next Bike Sdn Bhd melancarka­n dua varian Scrambler 1100 Special dan Ducati Scrambler 1100 Sport untuk peminat motosikal berkuasa tinggi tempatan.

Jentera terbaru itu berkongsi nadi dengan model Monster 1100 yang dijana enjn Desmodue Ltwin dua injap bersesaran 1,079cc, menjanjika­n kuasa maksimum 86 kuasa kuda (hp) pada 7,500rpm dan daya kilas maksimum 88.4Nm pada 4,750rpm.

Enjin berkuasa ini digabungka­n bersama kotak gear enam kelajuan dengan klac berbilang plat basah dengan kawalan hidraulik dan fungsi slipper.

Ducati Scrambler 1100 tidak berkomprom­i perihal ekspresi diri, gaya dan ikonik jenama Itali dengan varian 1100 Special persis model klasik kontempora­ri manakala 1100 Sport berpotonga­n gaya lebih maskulin.

 ??  ?? TIDAK melepaskan peluang bergambar di hadapan Menara Berkembar Petronas.
TIDAK melepaskan peluang bergambar di hadapan Menara Berkembar Petronas.
 ??  ?? HENRY ketika berada di Melaka.
HENRY ketika berada di Melaka.
 ??  ?? HENRY bersama Ducati Scrambler 1100 baharu.
HENRY bersama Ducati Scrambler 1100 baharu.
 ??  ?? HENRY berhenti di satu premis pengedar Ducati tempatan.
HENRY berhenti di satu premis pengedar Ducati tempatan.
 ??  ?? MODEL Ducati Scrambler 1100 yang dilancarka­n, baru-baru ini.
MODEL Ducati Scrambler 1100 yang dilancarka­n, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia