Harian Metro

‘CURI’ MINERAL TULANG

-

Hormon serap kalsium dan fosfat dari tulang bagi memenuhi keperluan badan berfungsi

tulang. Bagaimanap­un, faktor persekitar­an seperti pemakanan dan aktiviti jasmani memainkan peranan penting dalam pembentuka­n tulang sihat dan kuat. Ketidakcuk­upan nutrisi juga melemahkan tulang dan kesannya yang berlaku secara perlahan-lahan biasanya dirasai ketika tua.

Masalah osteoporos­is dan keretakan tulang sering menimpa wanita khususnya warga emas. Kecederaan tulang boleh berlaku apabila warga emas terjatuh dari kerusi atau katil, tergelinci­r atau ketika berdiri.

“Jika dibandingk­an dengan lelaki yang mengalami masalah tulang rapuh ketika berusia 70 hingga 75 tahun, wanita lebih berisiko apabila mereka mengalami fasa menopaus (penghujung kitaran haid dan kesuburan).

“Fasa putus haid membuatkan ovari tidak lagi menghasilk­an pengeluara­n dua hormon kesuburan utama, estrogen dan progestero­n yang juga bertindak melindungi tulang wanita,” katanya ketika ditemui.

Pada masa sama, beliau tidak menafikan lelaki dan wanita muda turut berisiko mengalami osteoporos­is disebabkan gaya hidup atau gangguan terhadap sistem imunisasi tubuh.

Jelasnya, gangguan sistem imuninasi (penyakit autoimun) antara punca orang muda dikategori­kan bawah 50 tahun menghidapi penyakit osteoporos­is.

Katanya, penyakit autoimun apabila sistem imunisasi yang mengawasi dan melawan kehadiran bakteria dan virus, bertindak sebaliknya dengan menyerang tubuh.

Gangguan sistem ini merosakkan tisu dan menjejaska­n kekebalan sistem imunisasi untuk melawan kuman yang mendedahka­n badan kepada jangkitan.

Antara penyakit dikaitkan dengan gangguan autoimun adalah artritis reumatoid dan lupus eritematos­us sistemik (SLE).

“Selain itu, gaya hidup tidak sihat dan aktif menjejaska­n kekuatan struktur tulang. Ini termasuk tabiat merokok, kurang senaman, latihan sendi serta kurangnya pengambila­n nutrisi baik seperti kalsium, vitamin D dan protein.

“Masalah kerapuhan tulang boleh berlaku dan dipercepat­kan dengan pengambila­n produk makanan tambahan dan ubatan tinggi kandungan steroid.

“Bagi tujuan pemeriksaa­n osteoporos­is, selalunya kami menggunaka­n Dual Energy X-ray Absorptiom­etry (DEXA). Ujian ini membolehka­n diagnosis dengan menilai risiko individu mengalami kecederaan akibat osteoporos­is. Kebiasaann­ya, ujian ini dilakukan di bahagian tulang belakang dan pinggul untuk menyukat kehilangan kuantiti tulang,” katanya.

Ujarnya, keputusan ujian ini dikira mengikut skornya, -1 ke atas adalah normal atau sihat, -1 hingga -2.5 dikategori­kan osteopenia (ketumpatan mineral tulang kurang daripada normal) dan bawah -2.5 pula skor bagi pesakit osteoporos­is.

KECEDERAAN TULANG PINGGUL WARGA EMAS

Osteoporos­is juga penyebab hampir 90 peratus kecederaan atau keretakan tulang pinggul dalam kalangan warga emas. Biasanya keretakan tulang disebabkan terjatuh termasuk di bilik air.

Selain kurangnya keseimbang­an badan, insiden terjatuh berlaku atas beberapa faktor termasuk struktur tulang rapuh yang menyukarka­n pembentuka­n semula struktur tulang baru berikutan peningkata­n usia.

“Ada banyak perkara menyebabka­n warga emas mudah terjatuh terutama kurangnya deria sentuh atau reseptor yang sensitif dan masalah katarak. Apabila punca ini bergabung mengakibat­kan kecederaan, warga emas mengambil masa lama untuk pulih menjadi seperti biasa.

“Justeru, pakar ortopedik dan geriatrik perlu bekerjasam­a bagi membantu golongan ini. Sebagai langkah pertama, apabila pegawai perubatan menerima pesakit warga emas yang mengalami kecederaan tulang akibat jatuh, aspek geriatrik perlu diambil kira.

“Mengenal pasti punca jatuh seperti hilang keseimbang­an badan dan kurang nutrisi yang menjadi simptom awal osteoporos­is, antara insiatif yang dapat mencegah kunjungan kedua pesakit atau seterusnya,” terangnya.

Mengulas mengenai rawatan, Dr Chen mengakui pembedahan antara kaedah perubatan yang disarankan tetapi ia bergantung pada keadaan pesakit warga emas yang kebanyakan mereka dikategori­kan berisiko tinggi.

Inilah sebabnya penjagaan tulang perlu dimulakan sejak muda dengan pengamalan pemakanan seimbang dan pemakanan sihat selain mengelakka­n aktiviti yang boleh menjejaska­n kekuatan organ penyokong ini.

 ??  ?? TULANG rapuh dipengaruh­i faktor usia,
hormon, pemakanan dan gaya hidup.
TULANG rapuh dipengaruh­i faktor usia, hormon, pemakanan dan gaya hidup.
 ??  ?? Tulang normal Tulang dengan osteoporos­is
Tulang normal Tulang dengan osteoporos­is
 ??  ?? MAKANAN terbaik bagi menghindar­i osteoporos­is.
MAKANAN terbaik bagi menghindar­i osteoporos­is.
 ??  ?? DR Chen
DR Chen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia