Harian Metro

RAWATAN KEDUA TIADA KESAN

-

Saya mengalami penyakit cakera tergelinci­r pada tengkuk sejak 2014. Ujian imbasan MRI mendapati cakera C5C6 dan C6C7 tergelinci­r dan menghimpit saraf.

Sakit di bahagian tangan hingga ke jari seakanakan dicucuk jarum, kebas, renjatan elektrik, kadangkala rasa panas seperti terkena api. Rasa sakit makin teruk bila cuaca sejuk, terutama di dalam tempat berhawa dingin atau hari hujan.

Sekiranya bersin atau batuk, tangan saya terasa sakit seperti terkena renjatan elektrik. Tidur malam selalu terganggu disebabkan kesakitan ini.

Doktor ortopedik mencadangk­an rawatan pembedahan dengan memasukkan ‘plat skru’ tapi saya menolak. Maka, saya hanya diberi rawatan ubat makan dan enam sesi terapi fisio.

Selepas dua bulan menjalani rawatan terapi fisio dan mengambil ubat, rasa sakit hanya tinggal 20 peratus malah saya boleh bekerja semula seperti biasa. Saya sudah tidak makan ubat lagi selepas tiga bulan rawatan.

Saya seolah-olah mendapat kehidupan baru. Saya kembali bersukan dan melakukan semua aktiviti yang disukai seperti dulu. Malangnya, awal tahun ini penyakit itu seolah-olah kembali. Rasa sakit timbul tiba-tiba selepas seharian bermain boling. Walaupun tidak seteruk dulu, ia mula mengganggu kerja harian saya sebagai pelukis pelan.

Saya berjumpa doktor ortopedik di hospital swasta dan dia mencadangk­an pembedahan segera dilakukan untuk mengelakka­n saya lumpuh. Saya menolak dan memilih rawatan ubat makan dan terapi fisio seperti dulu. Malangnya, kali ini ubat makan dan terapi fisio kurang berkesan.

Saya khuatir menjalani pembedahan kerana dimaklumka­n ia berisiko tinggi. Adakah rawatan lain yang boleh dicuba selain pembedahan? Bilakah masa sepatutnya sesuai untuk pembedahan?

Rawatan sakit tulang belakang dan tengkuk biasanya bermula dengan rawatan konservati­f (tanpa pembedahan). Bergantung pada tahap kronik penyakit, rawatannya juga berbeza.

Anda perlu tahu bahawa kebanyakan pesakit (kurang 80 peratus) beransur sembuh dalam tempoh setahun, hanya dengan rawatan konservati­f. Rawatan konservati­f termasuk ubat makan (tahan sakit, ubat saraf dan vitamin), terapi fisio, terapi cara kerja, pengurusan berat badan, suntikan epidural steroid dan lain-lain.

Suntikan frekuensi radio dan laser juga kaedah rawatan konservati­f

(tanpa pembedahan) yang mempunyai kejayaan yang tinggi. Semua rawatan ini boleh ditawarkan mengikut kesesuaian penyakit yang dihidapi.

Ada strategi dalam pelan rawatan anda yang terlepas pandang, lalu menyebabka­n penyakit menyerang lagi. Anda hanya boleh kembali ke aktiviti asas tetapi tidak boleh keterlalua­n dalam aktiviti harian anda.

Anda tidak boleh lasak seperti orang sihat yang tiada masalah penyakit tulang belakang. Kalau tidak, sakit akan berulang dan mungkin menjadi lebih teruk. Melalui pengalaman aktiviti harian, anda dapat mengenal pasti had maksimum aktiviti anda.

Pembedahan tulang belakang sepatutnya berlaku pada kadar 15 hingga 20 peratus dalam kalangan penghidap penyakit tulang belakang.

Anda perlu tahu mengenai fakta ini dengan jelas kerana ramai pesakit melakukan pembedahan dengan penerangan yang agak longgar. Setiap pembedahan membawa risiko komplikasi yang tinggi (20 hingga 40 peratus).

Risiko paling kerap berlaku ialah rawatan pembedahan yang gagal. Keadaan pesakit jadi lebih teruk. Rasa sakit dan hilang upaya akan berganda dan bersifat kekal.

Pastikan anda dapat rawatan konservati­f yang betul sebelum bersetuju untuk melakukan apa-apa pembedahan. Pembedahan adalah jalan terakhir.

Jadi, bilakah sepatutnya (indikasi) pembedahan tulang belakang patut dibuat? Berikut antara jawapan untuk rujukan semua.

Indikasi ini diguna pakai sebagai standard di Malaysia ataupun di negara asing.

1. Bila rawatan konservati­f gagal kawal sakit anda. Ia menjelaska­n bahawa himpitan pada akar saraf yang teruk. Biasanya keputusan ini dibuat selepas enam bulan menjalani rawatan konservati­f gagal memberikan sekurangku­rangnya 50 peratus kelegaan kepada rasa sakit.

2. Bila berlakunya perubahan yang dramatik terhadap fungsi saraf di kaki anda. Contohnya, kaki anda menjadi lemah dan tidak boleh berjalan (lumpuh) secara tiba-tiba selain rasa sakit atau kebas sedia ada.

3. Ada gangguan saraf pada sistem kencing dan usus. Anda berasa sukar kencing atau buang air besar secara tiba-tiba.

Atau anda berasa sukar kawal kencing dan buang air besar menyebabka­n kebocoran berlaku (sindrom ekuinal kaudal).

Tiga sebab ini adalah indikasi sebenar untuk dilakukan pembedahan. Indikasi kedua dan ketiga adalah keadaan kecemasan yang memerlukan pembedahan segera.

Anda boleh merujuk pada doktor yang merawat dengan menggunaka­n panduan ini. Ini dapat mengelakka­n berlakunya pembedahan tulang belakang yang tidak perlu dilaksanak­an.

Lagi pula, kajian menunjukka­n 10 hingga 40 peratus daripada pembedahan tulang belakang menimbulka­n komplikasi pada kemudian hari.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia