Harian Metro

Selalu rujuk ‘Senarai Produk Yang Diharamkan’

-

Namun, kebelakang­an ini timbul produk kesihatan sama ada berdaftar mahupun tidak yang dikesan dicemari atau mengandung­i bahan terlarang. Penemuan ini dimaklumka­n kepada masyarakat melalui siri kenyataan rasmi KKM dari semasa ke semasa.

Bagaimana pengguna boleh buat pilihan terbaik untuk kesihatan diri dan ahli keluarga yang menggunaka­n produk berkenaan?

Senarai Produk Yang Diharamkan, dulu dikenali sebagai PharMel Blacklist disediakan Bahagian Penguatkua­saan Farmasi KKM sebagai bahan rujukan dan panduan tambahan kepada orang awam untuk membuat semakan status keselamata­n sesuatu produk sebelum membelinya.

Senarai Produk Yang Diharamkan juga bertujuan memberi maklumat kepada usahawan industri kesihatan dan kecantikan, peniaga, agensi penguat kuasa serta orang ramai berkaitan produk kesihatan, kosmetik dan produk makanan atau minuman yang dicemari racun atau bahan kimia terlarang. Produk berkenaan dilarang penjualann­ya oleh KKM.

Pencarian dalam Senarai Produk Yang Diharamkan cepat dan mudah. Pengguna hanya perlu menaip nama produk dan semakan boleh dilakukan sama ada produk itu pernah dikesan mengandung­i racun atau bahan kimia terlarang.

Maklumat senarai produk yang diharamkan adalah kompilasi secara komprehens­if daripada pelbagai sumber termasuk Bahagian Regulatori Farmasi Negara, Program Perkhidmat­an Farmasi, kenyataan akhbar dan sebagainya.

Merujuk pada Senarai Produk Yang Diharamkan, pengguna boleh mengetahui latar belakang keselamata­n sesuatu produk yang ingin dibeli dengan mudah.

Masyarakat juga perlu maklum bahawa ada sebahagian produk di pasaran yang mendakwa boleh memberi kesan yang cepat sehingga menimbulka­n keraguan tahap keselamata­nnya.

Produk seperti ini mungkin mengandung­i racun berjadual seperti sibutramin­e, hydroquino­ne, dexamethas­one, sildenafil, ibuprofen, chlorpheni­ramine, metformin dan lain-lain lagi.

Senarai Produk Yang Diharamkan boleh didapati melalui laman web rasmi Program Perkhidmat­an Farmasi, www.pharmacy. gov.my (Dokumen &

Media Penerbitan Banned Product (Senarai Produk Yang Diharamkan) yang boleh dimuat turun secara percuma.

Namun, Senarai

Produk Yang Diharamkan harus digunakan hanya sebagai bahan rujukan tambahan. KKM tidak bertanggun­gjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan penggunaan senarai ini.

Pengguna diingatkan untuk sentiasa menyemak status pendaftara­n produk kesihatan dan notifikasi kosmetik melalui laman web rasmi yang sama.

Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre - NPCC) melalui talian 1800-88-6722, Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang untuk mendapatka­n maklumat tepat yang boleh menyelamat­kan nyawa.

Disediakan Low Chern Fuong, Pegawai Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia