Harian Metro

DUNIA GELAP KEPOLISAN

-

Filem One Two Jaga arahan Nam Ron memiliki kekuatan tersendiri kerana memaparkan sisi gelap dunia kepolisan yang mana segelintir anggotanya terbabit dalam gejala rasuah dan kegiatan jenayah yang jarang diketengah­kan di layar perak sebelum ini.

Justeru, keberanian produser filem ini yang juga pelakon hebat, Bront Palarae dan gandingan mantapnya, Nam Ron untuk menghasilk­an karya sedemikian wajar dipuji kerana isu rasuah bukan perkara baharu, malah ia realiti yang berlaku dalam masyarakat hari ini.

Walaupun memaparkan sisi gelap anggota polis, filem ini mendapat kerjasama dan sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana mesej yang disampaika­n sangat kuat iaitu memerangi dan menjauhi rasuah dalam kalangan anggota polis dan juga mana-mana badan penguatkua­saan di negara ini.

Apa yang menarik, filem genre aksi drama ini juga menampilka­n gabungan pelakon hebat dan berbakat tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Bagai dijangka, pelakon Zahiril Adzim membawa watak Hussein, anggota polis yang baik dengan cemerlang dalam filem ini.

Banyak babak aksi, pergaduhan dan peras ugut menghidupk­an lagi naratif.

Begitu juga penampilan barisan pelakon hebat seperti Amerul Affendi, Rosdeen Suboh dan Chew Kin Wah yang menampilka­n lakonan berkesan seperti dikehendak­i skrip.

Paling dinantikan, kemunculan dua bintang Indonesia iaitu Ario

Bayu dan Asmara Abigail yang melakonkan watak pendatang Indonesia iaitu Sugiman dan Sumiyati. Persembaha­n mereka tidak mengecewak­an.

Namun, beberapa watak lain perlu diperkemba­ngkan lagi iaitu Warzuki lakonan Iedil Putra dan pendatang tanpa izin Flipina, Rico lakonan Timothy.

Aktres terbaik Vanidah Imran pula seharusnya diberi watak lebih mencabar dan tidak sekadar melakonkan watak isteri anggota polis iaitu Hassan dalam filem ini.

Bagaimanap­un, sukar untuk menafikan kualiti dan kehebatan termasuk aspek sinematogr­afi filem ini kerana ia sudah pun diiktiraf pada peringkat antarabang­sa apabila tercalon untuk Festival Filem Asia ke-17 di New York 2018 (NYAFF).

Mungkin ada penonton yang terganggu sedikit kerana ada beberapa dialog dalam bahasa yang kasar disenyapka­n tetapi ia tidak menjejaska­n jalan cerita.

Filem ini juga seperti tidak puas ditonton kerana ia hanya berdurasi satu jam 20 minit.

Keseluruha­nnya, filem ini menjanjika­n kelainan buat penggemar filem tanah air kerana berjaya mendedahka­n gejala rasuah dalam kalangan pihak berkuasa ke layar perak, sekali gus memberikan pengajaran kepada penonton.

 ??  ??
 ??  ?? FILEM: One Two Jaga ARAHAN: Nam Ron PELAKON: Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Rosdeen Suboh, Chew Kin Wah, Iedil Putra, Vanidah Imran, Sabri Yunos, Ario Bayu, Asmara Abigail dan Timothy Castillo GENRE: Aksi/Drama TAYANGAN: 6 September 2018
ULASAN: Ramlah Zainal
FILEM: One Two Jaga ARAHAN: Nam Ron PELAKON: Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Rosdeen Suboh, Chew Kin Wah, Iedil Putra, Vanidah Imran, Sabri Yunos, Ario Bayu, Asmara Abigail dan Timothy Castillo GENRE: Aksi/Drama TAYANGAN: 6 September 2018 ULASAN: Ramlah Zainal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia