Harian Metro

Penuh kejutan, cemas hingga akhir

-

Jika dalam filem Annabelle: Creation dan The Conjuring 2, iblis bernama Valak membuat kemunculan sekejap saja, kali ini Valak diberikan 'nafas' untuk tampil dengan filem mengenai dirinya berjudul The Nun.

Filem ini menceritak­an asal usul kewujudan iblis dalam hidup manusia. Justeru, filem ini mampu memuaskan hati pencinta genre seram mistik kerana tahap ketakutann­ya tinggi dan mampu membuatkan penonton cemas sepanjang tayangan.

Bertempat di sebuah biara di kawasan terpencil di Romania pada 1950-an, The Nun sarat dengan elemen mengejutka­n dan suspens.

Cerita bermula apabila Father Burke dan Sister Irene ditugaskan menyiasat kejadian di sebalik kematian seorang rahib muda.

Berdasarka­n beberapa maklumat dan siasatan, mereka berdepan kejadian misteri.

Filem ini bermain dengan banyak suasana persekitar­an gelap serta lokasi seram yang boleh membuatkan penonton meremang bulu roma.

Kesan khas komputer yang kemas, diiringi kesan bunyi antara peranan penting dalam menambah lagi elemen seram.

Lebih menakutkan, kemunculan Valak yang menyerupai rahib ngeri menyerang mangsa tanpa dapat diduga.

Selain Valak, jalan cerita memaparkan pelbagai gangguan makhluk halus lain menerusi macammacam cara.

Mengenai watak pula, filem ini memaparkan beberapa karakter lain tetapi lebih tertumpu pada Sister Irene, Father Burke dan Frenchie.

Maka, ia tidak serabut dengan paparan babak berasingan mengenai beberapa watak.

Plot cerita juga mudah difahami terutama penjelasan mengenai kemunculan Valak di biara itu.

Tiada babak imbasan semula karakter serta plot ‘twist’ yang boleh mengeliruk­an segelintir penonton.

Apapun, The Nun bukan filem seram biasa-biasa dan tidak disarankan bagi penonton mudah lemah semangat atau ada masalah jantung.

 ??  ?? FILEM: The Nun
ARAHAN: Corin Hardy PELAKON: Taissa Farmiga, Demian Bichir dan Charlotte Hope
GENRE: Seram
TAYANGAN: 6 September ULASAN: Michelle Gun
FILEM: The Nun ARAHAN: Corin Hardy PELAKON: Taissa Farmiga, Demian Bichir dan Charlotte Hope GENRE: Seram TAYANGAN: 6 September ULASAN: Michelle Gun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia