Harian Metro

Ikhwan terima apa saja

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Selepas tidak lagi menjadi penyampai radio Kool FM sejak November tahun lalu, Ikhwan Rosli, 35, bekerja keras demi kelangsung­an hidup.

Ikhwan atau nama sebenarnya Mohd Khairul Ikhwan Rosli berkata, dia tidak boleh memilih kerja malah terbuka meluaskan bakatnya dalam apa juga cabang seni.

“Alhamdulil­lah, sepanjang hampir 10 bulan ini saya baik-baik saja. Kehidupan tetap diteruskan seperti biasa. Diakui sepanjang 12 tahun dalam bidang penyiaran radio saya didedahkan kepada banyak perkara.

“Namun, disebabkan komitmen terhadap radio, banyak perkara saya terlepas dan tolak. Jadi, apabila bergerak sendiri, saya perlu cari semula peluang berkenaan.

“Pendek kata, segala-galanya perlu tersusun. Syukur isteri yang bertindak selaku pengurus saya banyak membantu. Saya tidak memilih, apa saja tawaran yang datang, saya akan terima,” katanya.

Ikhwan yang juga bekas penyampai radio bersama Hot FM selama 10 tahun berkata, bidang kerjanya kini lebih luas

dan tidak fokus

Bekas penyampai radio mahu kembali fokus

terhadap lakonan dan

muzik

terhadap satu cabang seni semata-mata.

Malah, sejak bergerak sendiri, Ikhwan mengakui hidupnya lebih mencabar terutama soal menguruska­n kewangan.

“Sebelum ini saya pernah berlakon dan menyanyi. Jadi, sekarang saya ingin kembali fokus terhadap lakonan dan muzik.

“Pada masa sama, saya masih aktif sebagai pengacara majlis. Soal bayaran tidak menjadi keutamaan kerana bagi saya berapa pun jumlahnya tetap rezeki. Banyak atau sikit, saya tetap bersyukur,” katanya. Mungkin ramai tidak tahu, Ikhwan mula menceburi dunia lakonan ketika berusia 10 tahun.

Namun, sejak bergelar penyampai radio hajatnya untuk terus berlakon sentiasa tergendala.

Terbaru, Ikhwan ditawarkan membintang­i drama bersiri 60 episod berjudul Atas Nama Cinta yang bakal memulakan penggambar­an minggu depan.

“10 tahun lalu jenama Ikhwan itu berbeza dengan sekarang. Kini segala-galanya perlu hadir dengan pakej iaitu bakat dan rupa. Kalau difikirkan memang susah nak bersaing dengan pelakon muda.

“Tambahan pula, saya sudah lama tidak berlakon. Perasaan teruja dan gementar bercampur baur. Apapun, saya meletakkan diri sebagai orang baru yang perlu bermula dari bawah,” katanya yang juga ditawarkan menjayakan filem aksi.

Ditanya sekiranya mendapat tawaran menjadi penyampai radio semula, Ikhwan berkata, dia bersedia untuk kembali ke konti.

“Kerjaya ini sudah serasi dengan saya. Dek kerana itu, ia tidak boleh dilupakan begitu saja. Sekiranya ada tawaran, saya tidak menolak.

“Di radio saya belajar banyak perkara terutama skil komunikasi. Kalau umur 50 tahun nanti masih ada yang panggil saya jadi penyampai radio, saya tetap akan ke udara,” katanya.

Sebelum ini saya pernah berlakon dan menyanyi. Jadi, sekarang saya ingin kembali fokus terhadap lakonan dan muzik

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia