Harian Metro

CINTA LAMA MEKAR SEMULA

-

Dua pasangan berantakan dalam Cinta Maya bersiaran

setiap Jumaat hingga Ahad menerusi Widuri TV1

Reunion atau majlis temu semula rakan sekolah atau kolej hingga membibitka­n cinta lama bukanlah kisah asing dalam masyarakat. Situasi ini menyebabka­n timbul rasa takut apabila suami atau isteri menyuaraka­n hasrat mahu menghadiri acara terbabit.

Begitupun, kesalahan itu tidak boleh disandarka­n pada ‘reunion’. Sekiranya seseorang cintakan pasangan sepenuh hati, dia tidak akan berpaling hanya kerana pertemuan sejenak dengan kekasih lama. Semuanya bergantung pada kesetiaan dan hati masingmasi­ng.

Reunion hanya faktor pencetus, sama dengan media sosial yang turut menyumbang kepada keretakan rumah tangga.

Menampilka­n pelakon Yana Samsudin, Afiq

Muiz, Beego, Wan Nor Azlin, Nazeera Sardi dan Zarina Zainudin, kisah ini dijadikan penggerak cerita drama bersiri Cinta Maya yang bakal menemui penonton setiap Jumaat hingga Ahad, mulai jam 7 malam dalam slot Widuri siaran TV1 bermula 14 September ini.

Sutradara Kyoll Hamzah mengetenga­hkan latar kisah pasangan suami isteri iaitu Shamsul yang bekerja sebagai arkitek dan isterinya, Hashimah yang bertugas sebagai doktor sudah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun. Mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia lapan tahun yang diberi nama Adreena.

Shamsul suka berjenaka, periang dan mudah disenangi sesiapa saja. Hashimah pula berperwata­kan lembut, penyayang dan penyabar. Rumah tangga mereka amat bahagia.

Bagaimanap­un, keadaan mula berubah apabila Shamsul menyertai kumpulan WhatsApp rakan sekelas sekolah menengah. Turut berada dalam kumpulan itu ialah bekas kekasihnya, Wan Alina. Mereka samasama melangkah ke universiti hinggalah akhirnya berpisah pada tahun terakhir di sana.

Wan Alina usahawan yang menjalanka­n pelbagai jenis perniagaan berkaitan dengan rawatan dan produk kecantikan. Perniagaan­nya yang semakin maju secara tidak langsung menimbulka­n masalah dengan suaminya, Zainudin yang bekerja sebagai jurutera kilang elektronik. Semakin hari mereka kian renggang sehingga mengambil keputusan untuk berpisah.

Sejak bertemu semula dengan Shamsul, cinta mereka kembali berputik. Wan Alina menceritak­an masalah rumah tangganya kepada Shamsul lalu menggamit simpati bekas kekasihnya itu. Lebih lebih lagi Wan Alina mula diabaikan suaminya, Zainudin.

Dalam diam Wan Alina dicemburui dan difitnah oleh Puan Sri Haliza dan Amran Shah (Am) serta jurugambar­nya, Zahari. Di hadapan Wan Alina, mereka berpurapur­a baik hingga wanita itu benarbenar mempercaya­i mereka.

Masa berlalu, cerita itu sampai juga ke pengetahua­n Hashimah. Dia mengambil keputusan membawa anak keluar dari rumah bagi memberi laluan kepada Shamsul memikirkan masa depan mereka. Dia pasrah sekiranya Shamsul memutuskan untuk memilih Wan Alina.

Sebaliknya bagi Zainudin yang akhirnya sedar fitnah yang ditabur bagi memusnahka­n hubunganny­a dengan Wan Alina. Dia mula berubah mencintai isterinya itu.

Dapatkah hubungan mereka diselamatk­an? Bagaimana pula dengan Shamsul? Mampukah dia membuat keputusan terbaik untuk keluargany­a?

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia