Harian Metro

Kisah bapa panas baran

-

sebuah warung. Selain upah wang saku, Udin juga sering dibekalkan makanan oleh tuan warung.

Di laluan lorong-lorong rumah ke warung, Udin sering bersembang dengan Mak Mah. Wanita yang kasar bahasanya sering menasihati Udin.

Pak Kalam juga antara individu yang sering berbual dengan Udin. Pak Kalam peminat tegar burung tekukur seorang yang kelakar. Pak Kalam juga tahu banyak keadaan penduduk kampung.

Sehinggala­h satu hari berlaku konflik di mana Udin didatangi sekumpulan remaja sebayanya yang tidak puas hati dengan tindakan Udin melaporkan kegiatan mereka kepada penghulu.

Jali tahu Udin dipukul namun dia tidak mampu berbuat apa-apa.

Lebih parah lagi budakbudak tadi mengulangi perbuatan mereka terhadap Udin seakan ia satu hiburan. Apabila Udin melawan, lagi teruk dia dikerjakan.

Penghulu berjumpa

Jali dan menasihati Jali agar Udin dimasukkan ke asrama.

Jali pula disarankan untuk tinggal di rumah kebajikan. Jali tambah tertekan.

Satu pagi, selepas

Udin keluar rumah, Jali menyelongk­ar barangbara­ng dalam bilik anaknya itu.

Sebuah album lama milik Jali yang pernah dibuang dijumpai kemas dan gambar-gambar itu terjaga. Jali tersentuh.

Udin pulang dan terserempa­k dengan Jali. Hari itu adalah hari panjang bagi anak beranak itu. Mereka berbual panjang. Adakah kehidupan Udin kembali gembira seperti dahulu? Mampukah Jali melupakan kisah silam yang dibayangi rasa kecewa apabila isterinya meninggal dunia?

 ??  ?? PENGARAH telemovie Wan Afzam bersama pelakon utama Aidil di lokasi penggambar­an.
PENGARAH telemovie Wan Afzam bersama pelakon utama Aidil di lokasi penggambar­an.
 ??  ?? AMELIA HENDERSON
AMELIA HENDERSON
 ??  ?? NEELOFA
NEELOFA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia