Harian Metro

PANDU LALU TENGAH HARI RAMADAN

-

Pada Ramadan lalu, saya mengikut dua rakan sekerja keluar rehat pada waktu tengah hari. Bagaimanap­un, saya tidak menyangka mereka singgah di restoran makanan segera dan memesan makanan di laluan pandu lalu.

Ketika itu, saya menasihati mereka supaya tidak berbuat demikian kerana sengaja meninggalk­an puasa. Mereka hanya ketawa seolah-olah mempermain­kan ibadat itu.

Saya berasa sangat bersalah kerana tidak mampu menghalang perbuatan mereka. Adakah saya dianggap bersubahat kerana bersama mereka

waktu itu?

Izwan Setapak, Kuala Lumpur

Perbuatan meninggalk­an perkara fardu adalah dosa dan maksiat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaiman­a diwajibkan atas orangorang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah: 183)

Meninggalk­an puasa Ramadan adalah suatu kemungkara­n yang perlu ditegah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa dalam kalangan kamu melihat kemungkara­n hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Musim)

Oleh itu, seseorang akan tetap berdosa apabila dia bersubahat kerana tidak menghalang perbuatan mungkar itu. Mungkin anda perlu melaporkan kepada pihak berkuasa atau menghalang­nya dengan menasihati mereka.

Jika tidak mampu, hendaklah mengingkar­i dalam hati dan tidak rela maksiat itu dilakukan. Tindakan seterusnya membina kekuatan berjemaah untuk mengubah maksiat itu kepada ketaatan hanya pada Allah SWT.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia