Harian Metro

Aplikasi dedah perlakuan maksiat

-

Sekarang pelbagai aplikasi sembang di Internet membolehka­n sesiapa saja yang memiliki telefon pintar menggunaka­nnya. Perkara itu menyebabka­n ia begitu mudah terdedah dengan perlakuan maksiat.

Aplikasi ‘Bigo Live’ misalnya, kebanyakan pengguna terdiri daripada golongan remaja. Remaja wanita terutamany­a, seolaholah tidak ada lagi perasaan malu apabila berjoget dalam keadaan mengghaira­hkan dan memakai pakaian seksi secara ‘live’.

Sebelum ini, saya pernah memuat turun aplikasi seumpama itu, namun melihat lebih banyak keburukan dan maksiat di dalamnya saya bertindak memadamnya.

Adakah keadaan itu menyebabka­n kita terdedah kepada dosa sama seperti seorang itu berhubung secara fizikal. Contohnya, kita lihat wanita berjoget di media sosial dosanya sama seperti masuk ke pusat hiburan berhibur menyaksika­n wanita seksi menari?

Sham, Petaling Jaya

Hal yang anda sebut itu termasuk dalam perkara sia-sia dan maksiat. Sewajarnya bagi seorang Muslim menghindar­inya. Malah, ia hendaklah dibanteras sehingga tiada lagi yang terpengaru­h.

Halang maksiat itu dengan kuasa yang ada dan nasihat. Perkara itu termasuk dalam pergaulan bebas yang membuka pintu maksiat dan perzinaan. Allah SWT melarang dengan menyatakan, “Jangan kamu menghampir­i zina.”

Jika hampir dengan zina saja dilarang, maka zina itu sendiri adalah maksiat yang besar. Umat Islam hendaklah sentiasa khuatir sekiranya perbuatan maksiat itu berleluasa, Allah SWT akan menghukum semua anggota masyarakat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan peliharala­h dirimu daripada azab yang bukan hanya menimpa orang zalim dalam kalangan kamu saja dan ketahuilah Allah amat keras azab seksa-Nya.” (Sural al-Anfal: 25)

Seorang Muslim bercita-cita agar terbinanya sebuah masyarakat yang dirahmati dan dikasihi Allah dengan meninggalk­an segala maksiat serta mengikuti apa yang diperintah­kan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Allah membuat suatu perumpamaa­n dengan sebuah negeri yang dahulunya aman dan tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah daripada segala tempat akan tetapi pendudukny­a mengingkar­i akan nikmat Allah, kerana itu Allah merasakan kepada mereka dengan kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka lakukan”. (Surah al-Nahl: 112)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia