Harian Metro

Berbual ketika khatib baca khutbah

-

Pada hari Jumaat, seorang lelaki bersama beberapa rakannya berjalan menuju ke masjid. Dalam perjalanan itu, mereka berbual sedangkan di masjid khatib sudah memulakan bacaan khutbah.

Adakah perkara itu menyebabka­n solat Jumaat mereka menjadi sia-sia? Bagaimanap­un, mereka hanya berbual di luar dan setibanya di masjid mereka mendengar dengan tekun khutbah yang disampaika­n itu.

Masnawi, Serting, Negeri Sembilan

Khutbah yang disampaika­n adalah untuk didengar dan diambil pengajaran.

Jika jemaah berbual atau melakukan urusan lain, maka tumpuan mendengar khutbah akan hilang seterusnya menjadi sia-sia atau hilanglah pahala mendengar khutbah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika engkau berkata pada sahabatmu pada hari Jumaat, ‘Diamlah, khatib sedang berkhutbah!’ Sungguh engkau berkata sia-sia.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sia-sia di sini bukan bermaksud boleh meninggalk­an terus khutbah berkenaan. Berusahala­h untuk segera ke masjid dan mendengar khutbah, selain mengambil pengajaran menerusi isi khutbah yang disampaika­n.

Ia sebagaiman­a disarankan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak dan harum-haruman dari rumahnya kemudian ia keluar rumah, lantas dia tidak memisahkan di antara dua orang, kemudian dia mengerjaka­n solat yang diwajibkan, dan ketika imam berkhutbah, dia pun diam, maka dia akan mendapatka­n ampunan antara Jumaat yang satu dan Jumaat lainnya.” (Hadis riwayat alBukhari)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia