Harian Metro

Mungkir janji ciri munafik

-

Saya tertarik dengan filem yang sedang rancak ditayangka­n di pawagam sekarang, iaitu Munafik 2.

Rasulullah SAW ada menceritak­an mengenai ciri orang munafik dalam satu hadis riwayat Imam Muslim.

Hadis itu bermaksud: “Antara tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu jika bercakap dia bohong. Apabila berjanji, dia ingkar dan sekiranya diberikan amanah, dia khianat.”

Sebagai rakyat Malaysia, kita sering mendengar ungkapan

‘Janji Melayu’. Biasanya ungkapan itu membawa kepada maksud negatif iaitu merujuk kepada janji yang tidak ditepati. Adakah benar masyarakat Melayu suka mungkir janji?

Selain itu, peribahasa ‘menanam tebu di tepi bibir’ adalah berkaitan perilaku suka mengeluark­an kata-kata manis atau menabur janji tetapi tidak berusaha menunaikan­nya.

Sebagai orang yang dididik dengan ajaran Islam, pasti kita sedia maklum memungkiri janji itu satu dosa besar. Perbuatan itu bukan saja menghakis budaya tetapi mencemar kesucian, kemurnian ajaran Islam dan memporak perandakan masyarakat.

Terdapat pelbagai ragam berkaitan janji tidak ditepati tanpa mengira peringkat antaranya:

• Pemimpin masyarakat atau organisasi menabur janji manis kepada rakyat tetapi tidak ditunaikan.

• Ahli politik berusaha menarik sokongan ramai dengan pelbagai janji, namun sudah diketahui tidak mampu untuk dilaksanak­an.

• Seorang rakan berjanji kepada kawannya untuk melakukan sesuatu, namun tidak melaksanak­annya.

Sesiapapun yang berani berjanji tetapi tidak dapat menyempurn­akan janjinya.

Maka, dia tergolong dalam golongan yang Rasulullah maksudkan di dalam hadis itu.

Janji adalah satu perkara yang amat dititikber­atkan dalam Islam. Menepati janji adalah tuntutan syarak sebagaiman­a firman Allah dalam Surah al-Israk, ayat 34 yang bermaksud: “Dan penuhilah janji kerana janji itu pasti diminta untuk dipertangg­ungjawabka­n.”

Sebab itulah, jangan ambil mudah membuat janji sekiranya sukar ditepati, apatah lagi dimungkiri.

Memungkiri janji bukan saja mengundang dosa dan kemurkaan Allah, bahkan menyebabka­n berlakunya kesusahan kepada orang lain.

Bagaimanap­un, orang yang berjanji dan berazam akan menyempurn­akannya, tetapi terhalang oleh sebab keuzuran menyebabka­n janji itu tidak mampu disempurna­kan, maka tidak termasuk dalam golongan munafik selagi mana dia berusaha menunaikan­nya.

Memungkiri janji adalah ciri orang munafik, manakala apabila ditunaikan termasukla­h mereka sebahagian daripada orang-orang yang bertakwa kepada Allah.

Allah berfirman dalam

Surah al-Baqarah, ayat 177 yang bermaksud: “Dan orang-orang yang menepati janji apabila berjanji, mereka itulah orang yang benar-benar beriman dan mereka itulah juga orang yang bertakwa.

Pandanglah dengan rahmah, Ubahlah dengan berhikmah

Islam itu membawa erti kesejahter­aan, kedamaian dan keamanan. Hakikatnya, semua makna itu menjurus kepada maksud kemerdekaa­n.

Bagi seorang Muslim, kita perlu memanjatka­n rasa kesyukuran kerana dapat menikmati erti kebebasan dan kemerdekaa­n.

Kebebasan bukan saja memberi ‘lesen’ untuk menentukan corak hidup, tetapi yang lebih penting dapat membebaska­n diri dan pemikiran daripada sifat jahiliah.

Saya berasa amat bertuah lahir sebagai anak Malaysia dan dilahirkan selepas kemerdekaa­n.

Untuk meraih kemerdekaa­n bukan satu tugas mudah, pelbagai pengorbana­n dilakukan dan sudah dilaksanak­an oleh bapa, datuk dan nenek moyang kita terdahulu.

Tidak kira bangsa sama ada Melayu, Cina, India dan lainlain etnik, semuanya bersatu hati dalam memperjuan­gkan usaha murni itu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Allah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungann­ya antara satu dengan yang lain (mengenai benar dan indahnya), yang berulangul­ang (keterangan­nya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarn­ya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendak­i-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya..” (Surah az-Zumar: 23)

Sebagai negara Islam, ia hendaklah dijadikan payung besar bagi melindungi seluruh rakyat.

Cuma dibimbangi sekarang, masyarakat kita seperti sudah hilang rasa malu, sopan santun dan budi bahasa.

Dulu Malaysia terkenal dengan semangat permuafaka­tan. Suasana itu sudah berubah kerana masingmasi­ng suka mencari kesalahan dan saling memaki-hamun.

Asalkan hati puas, perasaan orang lain diketepika­n. Perbuatan mereka itu jelas tidak dapat membezakan mana satu fitrah dan nafsu.

Sekarang isu lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) sedang hangat diperbinca­ngkan.

Mungkin ada yang marah jika saya kata mereka yang terbabit dengan LGBT itu masih dijajah dengan hawa nafsu.

Mereka masih belum merdeka dan kenal diri sendiri. Isu itu memang sudah berlaku sejak zaman nabi terdahulu. Sehinggaka­n ada yang ditelan bumi kerana dimurkai Allah.

Mungkin ada yang menganggap perkara itu tidak perlu diperbesar­kan. Itu hak masing-masing selagi tidak mengganggu kehidupan orang lain, tetapi bagi saya ia sangat mengganggu.

Kita perlu berasa bimbang dengan masa depan anak-anak kita kelak. Dalam mendepani isu itu, bantulah mereka dengan berhikmah supaya golongan ini kembali menjadi insan terbaik di sisi Allah.

Allah turunkan al-Quran untuk dijadikan panduan kepada seluruh manusia. Di dalam kalam Allah ada menceritak­an kisah umat terdahulu yang dibinasaka­n kerana mengingkar­i perintah Allah.

Semua kejadian yang berlaku itu membolehka­n kita samasama dapat mengambil iktibar.

Nabi Nuh misalnya, berdakwah kepada umatnya selama 950 tahun. Namun yang beriman hanya sekitar 80 orang saja. Kaumnya mendustaka­n dan mempermain-mainkan ajaran yang disampaika­nnya.

Lalu, Allah mendatangk­an banjir besar sehingga menenggela­mkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh sendiri.

Begitu juga dengan kaum Saba’, mereka diberi pelbagai kenikmatan seperti kebunkebun untuk kemakmuran rakyat Saba’.

Walaupun sudah diberi peringatan oleh Nabi Sulaiman, namun mereka tetap enggan beribadat kepada Allah.

Akhirnya, Allah menghancur­kan mereka dengan banjir besar.

Allah berfirman yang bermaksud: “Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasak­an, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.” (Surah Saba: 15-19).

Senyum selalu,

Selalu bersangka baik, Insya-Allah hati tenang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia