Harian Metro

GEMPUR TENGAH LENA

- Ruwaida Md Zain cnews@nstp.com.my

19 pekerja asing ditahan dalam serbuan rumah kongsi

Seramai 19 pekerja asing ditahan dalam serbuan di penempatan rumah kongsi di tapak pembinaan sekitar Setia Alam, pagi semalam.

Ketika serbuan, sebahagian besar pekerja asing itu tidur, malah ada yang cuba melarikan diri ketika menyedari kehadiran penguat kuasa imigresen di rumah kongsi mereka.

Bagaimanap­un, tiada yang bertindak agresif dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor menggagalk­an cubaan mereka yang mahu melarikan diri.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, Operasi Mega 3.0 itu bermula jam 1 pagi dan berakhir jam 4 pagi dengan pemeriksaa­n terhadap 123 warga asing.

“Daripada pemeriksaa­n itu, 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dengan pelbagai kesalahan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 16 lelaki dan tiga perempuan membabitka­n 15 lelaki dan tiga perempuan warga Indonesia serta seorang lelaki Bangladesh.

“Mereka yang ditahan berusia antara 20 dan 50 tahun,” katanya.

Mohamad Shukri berkata, antara kesalahan dilakukan adalah tiada pas atau permit sah, tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas atau permit.

“Kesalahan dikenal pasti mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Mereka dibawa ke pejabat penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor di Shah Alam untuk siasatan.

“Kami juga mengesan majikan yang dipercayai menggajika­n PATI ini dan tindakan tegas termasuk mendakwa mereka di mahkamah dilakukan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? WARGA asing yang diperiksa dalam serbuan di tapak pembinaan sekitar Setia Alam, pagi semalam.
WARGA asing yang diperiksa dalam serbuan di tapak pembinaan sekitar Setia Alam, pagi semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia