Harian Metro

Kastam tukar mesin pengimbas di KLIA

-

Kuala Lumpur: Mesin pengimbas di Kompleks Kastam Kargo Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (Kargo KLIA) diganti dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan/Pematuhan) Datuk Seri Zulkifli Yahya berkata, mesin pengimbas baru di pintu masuk utama negara itu dalam proses perolehan.

“Kita yakin dapat (mesin pengimbas) dalam masa terdekat,” katanya di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kelana Jaya, dekat sini, kelmarin.

Harian Metro 18 Ogos lalu melaporkan kegagalan JKDM menyediaka­n sistem pemeriksaa­n canggih di Kargo KLIA menyebabka­n sindiket penyeludup­an menjadikan pintu masuk utama negara itu sebagai ‘lubuk emas’ kegiatan haram mereka.

JKDM dilapor hanya bergantung kepada mesin pengimbas biasa sama seperti digunakan pihak lapangan terbang untuk memeriksa bagasi sedangkan urusan kemasukan pelbagai barangan direkodkan melebihi satu juta tan setahun.

Dalam perkembang­an lain, Zulkifli berkata, JKDM sentiasa komited memerangi kegiatan penyeludup­an rokok mahupun arak di seluruh negara tanpa mengira sama ada laluan darat, udara dan laut digunakan sindiket selain memandang serius isu integriti pegawainya. “Isu integriti perkara paling utama dan kita tidak mahu ia berlaku dalam jabatan. Kita tidak berkomprom­i dengan mereka yang terbabit.

“Pegawai tidak berintegri­ti tidak diperlukan dalam kastam. Orang awam atau sesiapa saja yang ada bukti atau maklumat segera salurkan kepada kami,” katanya mengulas pembabitan pegawai kastam dalam melindungi sindiket penyeludup­an rokok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia