Harian Metro

ROBOH LAGI

- Ramli Ibrahim cnews@nstp.com.my

Pekerja ladang durian pecah sekatan

dibina semula Orang Asli

Pekerja syarikat ladang durian Musang King meroboh sekatan laluan balak yang baru siap dibina semula Orang Asli di Kampung Kaleeg, Pos Tohoi di sini, awal pagi kelmarin.

Tindakan itu dilakukan jam 6.24 pagi ketika hanya tiga penduduk Orang Asli berkawal di situ.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Mustafa Along berkata, sekatan itu dibuat kerana pembukaan ladang dekat perkampung­an Orang Asli menjejaska­n tanah adat.

Katanya, sekatan itu baru siap dibina minggu lalu selepas diroboh pihak berkuasa.

“Tindakan meroboh sekatan yang dilakukan enam pekerja ladang durian itu sempat dirakam petugas Orang Asli di situ.

“Apabila perkara itu dimaklumka­n, kami terus bergegas ke lokasi namun semua habis diroboh,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu tidak melemahkan mereka membina semula sekatan itu.

“Kami masalah teruskan tuntutan selagi tanah adat kaum itu tidak diselesaik­an kerajaan negeri,” katanya.

Dua minggu lalu, Jabatan Perhutanan Negeri bersama Pejabat Tanah dan Galian Negeri mengadakan operasi meroboh tiga sekatan dibina kaum itu.

Tiga sekatan itu termasuk di Kampung Kaleeg, Pos Tohoi, Cawas di Pos Bihai dan Kampung Kuala Wok di Pos Pasik.

Dua daripada sekatan diroboh itu dibina semula termasuk di Kampung Cawas dan Kaleeg manakala di Kampung Kuala Wok dibina semula dalam masa terdekat ini.

 ??  ?? KENDERAAN pekerja ladang durian di hadapan sekatan di Kampung Kaleeg, awal pagi kelmarin.
KENDERAAN pekerja ladang durian di hadapan sekatan di Kampung Kaleeg, awal pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia