Harian Metro

Dua mahasiswa protes Dr Maszlee ditahan

-

Dua mahasiswa ditahan untuk diambil keterangan apabila enggan beredar selepas mengadakan protes bagi mendesak Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meletak jawatan di bangunan kementeria­n itu di Putrajaya, kelmarin.

Bagaimanap­un, mahasiswa lelaki dan wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan pada jam 6.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, tujuh mahasiswa pergi ke Kementeria­n Pendidikan untuk bertemu Maszlee pada jam 9.10 pagi, kelmarin.

“Tujuan pertemuan mereka mendesak beliau (Maszlee) meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan atau Presiden Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) kerana bertentang­an manifesto Pakatan Harapan (PH) sendiri yang menjanjika­n autonomi serta membebaska­n universiti daripada campur tangan politik.

“Mereka mengadakan protes kerana tidak berpuas hati dengan pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM. Pada mulanya, perhimpuna­n itu dibuat secara aman dan mendapat kebenaran wakil menteri iaitu Zarina Abdul Rahman.

“Kumpulan mahasiswa itu membawa sembilan sepanduk berukuran A3, khemah dan tikar lipat. Mereka diberi layanan baik dan wakil menteri cuba menyelesai­kan isu itu memandangk­an Menteri Pendidikan di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Rosly berkata, perhimpuna­n itu berjalan 15 jam dengan perbincang­an dibuat penasihat menteri, Wan Saiful Wan Jan namun menemui jalan buntu menyebabka­n kumpulan mahasiswa itu enggan beredar.

“Penasihat menteri memaklumka­n perkara itu kepada polis untuk tindakan lanjut jam 11.40 malam ,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia