Harian Metro

Air bah naik hingga ke paras dada

- Mohamed Farid Noh farid_noh@nstp.com.my

Hujan lebat lebih 4 jam serta air pasang besar sebabkan 104 penduduk terpaksa dipindahka­n

Seramai 104 orang daripada 41 keluarga sekitar Senggarang dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Suloh, Senggarang, sejak jam 7 malam, kelmarin.

Ia berikutan banjir selepas hujan lebat lebih empat jam melanda beberapa kawasan di Senggarang membabitka­n Kampung Sungai Suloh, Sungai Suloh Besar, Sungai Ayam,Teluk Buloh, Minyak Beku dan Parit Bugis.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, paras air banjir belum surut sepenuhnya berikutan hujan berterusan.

“Hujan dan pertembung­an air laut pasang besar menyebabka­n banjir sejak lewat petang semalam (kelmarin).

“APM bersama pelbagai agensi membuat pemantauan berterusan termasuk memindahka­n penduduk jika hujan berterusan,” katanya di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Senggarang, Khairuddin Abdul Rahim berkata, banjir kali ini berlaku selepas enam tahun lalu.

“Kali ini, ia agak buruk selepas beberapa jalan keluar ke beberapa kampung terputus hubungan, namun ia beransur surut pagi ini (semalam).

“Ada jambatan rosak dihakis air banjir malah banjir kali ini membawa air lumpur.

“Bagaimanap­un, hujan tanpa henti pagi ini meningkatk­an kebimbanga­n banjir akan berterusan,” katanya.

Batu Pahat: Pesara kerajaan di Kampung Sungai Ayam, Senggarang, dekat sini lega walaupun barang serta kelengkapa­n rumahnya rosak akibat banjir, kelmarin.

Mohd Said Aziz, 74, berkata, barangan serta kelengkapa­n rumah rosak termasuk 15 ayam belaannya mati.

Katanya, ketika banjir, dia dan keluarga tiada di rumah kerana keluar membeli barang di bandar.

“Namun kira-kira jam 11 pagi ketika dalam perjalanan pulang, saya melihat air deras membanjiri Jalan Sungai Suloh-Sungai Ayam akibat hujan lebat membuatkan kami panik.

“Kami meredah air yang naik dan setibanya di rumah terkejut melihat banjir sudah naik ke paras dada dan menenggela­mkan separuh rumah.

“Tiada apa yang dapat kami lakukan dan hanya mampu melihat air bah semakin meningkat malah dua kereta yang ditinggalk­an di rumah turut tenggelam dan rosak.

“Paling menyedihka­n barangan kelengkapa­n rumah rosak termasuk pakaian, perabot dan peralatan elektronik dianggarka­n bernilai RM50,000 ditenggela­mi banjir berlumpur,” katanya semalam.

Mohd Said berkata, banjir kali ini yang terburuk dialami keluargany­a sejak 2007 kerana rumahnya terletak bersebelah­an sungai.

“Lihatlah sungai ini yang sempit dan cetek sehingga tidak dapat menampung air hujan, malah pertembung­an dengan air pasang besar menyebabka­n banjir lumpur bertanah, ” katanya.

 ??  ?? HALAMAN rumah penduduk yang terlibat banjir di Kampung Sungai Suloh, Batu Pahat dan keadaan jalan yang rosak.
HALAMAN rumah penduduk yang terlibat banjir di Kampung Sungai Suloh, Batu Pahat dan keadaan jalan yang rosak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia