Harian Metro

Tokan leka bungkus heroin ditahan

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@nstp.com.my

SLangkawi: Tiga tokan dadah yang leka membungkus heroin di rumah kedai dua tingkat di Ulu Melaka ditahan polis, malam kelmarin. Dalam serbuan jam 10.30 malam di Kampung Kenyum itu, polis turut merampas heroin 1.6 kilogram (kg) yang dipercayai mahu diedar kepada penagih di daerah berkenaan.

Lelaki mabuk langgar pintu kaca kedai

eorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk bernasib baik apabila tidak mengalami kecederaan walaupun kereta dipandunya melanggar pintu kaca kedai di Taman Melaka Raya, semalam.

Difahamkan dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, lelaki berusia 30 tahun beralamat di Bukit Lintang memandu Toyota Altis di Jalan Merdeka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, lelaki itu yang juga peniaga terbabit kemalangan selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas.

“Mangsa terbabas sendiri lalu merempuh Restoran Little Nyonya. Siasatan awal mendapati, lelaki itu dari arah lampu isyarat Jalan Melati ke arah lampu isyarat Jalan Merdeka dan kejadian berlaku di laluan sehala, dua lorong,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pemandu itu masih ditahan untuk diambil keterangan dan pihaknya masih menunggu laporan ujian darah bagi mengesahka­nnya dalam keadaan mabuk atau sebaliknya.

Afzanizar berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah Lalu Lintas 166/159.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia