Harian Metro

Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak bertaraf dunia

-

Seremban: Penggunaan silibus berdasarka­n Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK) Kementeria­n Pendidikan di tabika dan taska Jabatan Kemajuan Malaysia (KEMAS) seluruh negara setaraf tahap pendidikan antarabang­sa.

Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Amiruddin Ariffin berkata, silibus yang ditetapkan Kementeria­n Pendidikan itu dirangka dengan teliti bagi memberi manfaat kepada pendidikan awal kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolah­an.

Katanya, kerajaan juga mengkaji sistem pendidikan yang digunakan oleh negara luar dari semasa ke semasa bagi memastikan pendidikan informal tabika dan taska KEMAS sentiasa berkualiti.

“Beberapa modul baharu yang diperkenal­kan oleh KEMAS juga sentiasa mengambil kira tahap penerimaan dan keberkesan­annya terhadap kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Potensi KEMAS Peringkat Negeri Sembilan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Raja Melewar di sini semalam.

Majlis itu disempurna­kan Menteri Besar Aminuddin Harun.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Luar Bandar, Ismail Ahmad dan Pengarah KEMAS negeri, Mohd Ali Hanafiah Abu Hassan.

Amiruddin berkata, KEMAS kini menjalanka­n kerjasama dengan Kementeria­n Kesihatan bagi Program Tunas Doktor Muda dalam usaha mendidik kanak-kanak berusia lima dan enam tahun mengenai amalan menjaga kebersihan diri, makanan dan persekitar­an.

 ??  ?? AMIRUDDIN
AMIRUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia