Harian Metro

NAIK TARAF GURU KAFA

- Nik Sukry Ramli niksukry@nstp.com.my

36,000 dilantik ke jawatan tetap

Kira-kira 36,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan dilantik ke jawatan tetap selepas kerajaan menjalanka­n kajian teliti.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, perkara itu dalam pertimbang­an kerajaan dalam usaha membela kebajikan golongan itu dan kajian terbabit dijangka mengambil masa setahun.

“Kita melihat peluang untuk menaik taraf jawatan guru KAFA ini melalui skim perjawatan tetap dalam kerajaan, berdasarka­n beberapa syarat membabitka­n kelayakan pensijilan, latihan pendidikan dan perjawatan secara tetap.

“Tujuan utama kita cadangkan mereka ini dilantik secara tetap ialah untuk menjaga kebajikan, ini termasuk imbuhan pencen, insuran kesihatan dan elaun lain yang bersesuaia­n,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di Dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang di sini, semalam.

Cadangan itu dikemukaka­n di Parlimen pada Ogos lalu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku penyelaras KAFA diberi tanggungja­wab melaksanak­an kajian terbabit dalam usaha menaik taraf status guru KAFA, termasuk dilantik sebagai penjawat tetap dan meningkatk­an kemahiran mereka melalui kursus bersesuaia­n.

Sementara itu, Fuziah meminta ibu bapa mengambil kira tahap keselamata­n sesebuah pusat tahfiz termasuk lesen operasi pusat tahfiz, sebelum menghantar anak mereka.

Katanya, dua perkara itu sangat penting bagi memastikan pusat tahfiz terbabit bertanggun­gjawab jika berlaku insiden tidak diingini di premis kendalian mereka.

“Kalau boleh, pilihlah (pusat tahfiz) yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri dan mempunyai kelulusan (bangunan) daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Ini adalah untuk tujuan keselamata­n anak mereka juga.

“Sebenarnya kita (agensi kerajaan yang bertanggun­gjawab memantau pusat tahfiz) kekurangan kakitangan untuk memantau semua pusat tahfiz yang tumbuh seperti cendawan. Oleh itu, saya sangat berharap ibu bapa turut sama memainkan peranan dalam membantu kami,” katanya.

Beliau berkata, selain insiden seperti kebakaran di pusat tahfiz, kejadian penderaan pelajar pusat tahfiz di Kuantan seperti yang dilaporkan tidak lagi berulang jika ibu bapa lebih peka dengan operasi pusat tahfiz itu.

Mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan tidak menyalurka­n peruntukan kepada pusat tahfiz tidak berlesen, Fuziah berkata, keputusan itu diambil untuk memastikan semua pengusaha pusat tahfiz yang masih belum berdaftar dengan kerajaan melakukann­ya secepat mungkin.

“Ini adalah isu perspektif atau tanggapan masyarakat. Ada yang marahkan kerajaan kerana tidak membantu pusat tahfiz yang tidak berdaftar ini dan sebenarnya kita boleh bantu, dengan syarat, mereka kenalah berdaftar dulu.

“Kalau mereka tidak berdaftar, ia seperti beroperasi secara tidak sah dan pemiliknya boleh dikira sebagai tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

 ?? Fuziah Salleh ?? Tujuan lantikan untuk menjaga kebajikan”
Fuziah Salleh Tujuan lantikan untuk menjaga kebajikan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia