Harian Metro

TAK SEMPAT DAH!

- Agensi

„ Wanita berdepan detik cemas terpaksa bersalin

dalam kereta di depan suami, empat anak

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila terpaksa melahirkan anak kelimanya dalam kereta di depan suami serta anak-anaknya ketika dalam perjalanan ke hospital di Texas, Amerika Syarikat, kelmarin.

Rakaman video oleh suaminya Dominique, ketika wanita berkenaan Alexis Swinney, 25, melahirkan anak di tempat duduk penumpang depan tular di media sosial.

Menurut laporan Daily Mail, ketika kejadian, empat anak pasangan itu yang berada dalam kereta tergamam.

Dalam rakaman itu, wanita berkenaan dilihat berdiri dengan lutut memegang penyandar tempat duduk mengerang kesakitan hinggalah anaknya dilahirkan.

Dominique kedengaran meminta isterinya bertahan sehingga mereka tiba di hospital kerana bimbang dengan keselamata­n isterinya serta bayi jika dilahirkan tanpa kehadiran doktor.

“Awak boleh tunggu, mungkin dua minit lagi?” katanya kepada Alexis yang kelihatan menahan sakit sambil merayu suaminya membantu.

“Apa perlu saya buat? jerit wanita itu kerana tahu bayinya tetap akan keluar.

Beberapa saat selepas meminta suaminya memberhent­ikan kenderaan, Alexis mengerang ketika meneran buat kali terakhir dan terdengar tangisan bayinya yang dilahirkan.

Wanita itu dilihat menghulurk­an tangan menyambut bayi itu sebelum mengendong­nya dengan tali pusat masih bersambung dan wanita itu dilihat tersenyum meskipun masih sakit.

Bersama video itu yang dimuat naik di Instagram, wanita terbabit menceritak­an pengalaman uniknya.

“Amat luar biasa menyambut sendiri kelahiran anak. Tiada ada doktor mahupun jururawat, lampu, orang yang sibuk, tidak ada yang mengganggu saat yang sepatutnya menjadi paling istimewa bagi sebuah keluarga apabila menyambut ahli baru ke dunia ini.

“Sakit itu memang terasa, namun kegembiraa­n dan ketenangan yang dirasai ketika meluangkan masa bersendiri­an dengan anak perempuan kami lebih bermakna daripada segala-galanya.

“Saya rasa tuhan membenarka­n saya melahirkan anak dengan selamat dalam kereta, bukan di hospital kerana tahu keinginan saya untuk bersalin tanpa gangguan. Ia sesuatu yang hospital tidak dapat sediakan,” tulisnya.

 ??  ?? ALEXIS tersenyum selepas menyambut kelahiran anaknya yang kelima di dalam kereta. - Agensi
ALEXIS tersenyum selepas menyambut kelahiran anaknya yang kelima di dalam kereta. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia