Harian Metro

CURI? POTONG TANGAN!

„Peniaga di Kenya upah ‘pengawal keselamata­n’ laksana hukuman sendiri terhadap penjenayah kerana tidak percaya polis, sistem perundanga­n

- Agensi

>>Amalan itu mendapat restu penduduk di Mutuati dan perkampung­an sekitarnya yang tidak lagi percayakan polis

Kegagalan pihak berkuasa, termasuk polis menjaga keamanan serta harta-benda menyebabka­n orang ramai, terutama peniaga di Kenya mengupah ‘pengawal keselamata­n’ yang melaksanak­an hukuman sendiri iaitu memotong tangan penjenayah yang ditangkap mencuri harta majikan mereka.

Sebagai contoh, kadar jenayah di Meru, iaitu daerah di tengah Kenya yang terkenal dengan dadah khat, amat tinggi.

Tahun lalu, daerah itu berada di tangga kedua kadar jenayah tertinggi Kenya dengan 5,151 kes atau tujuh peratus dalam statistik seluruh negara. Pada 2015, ia mencatat kes bunuh tertinggi di negara itu.

Menurut laporan al-Jazeera, pengawal keselamata­n persendiri­an, Daniel Mbogori, 54, yang sering diupah peniaga di Mutuati berkata, sejak 10 tahun lalu, dia sudah memotong tangan lebih

40 pencuri yang ditangkapn­ya.

Menurutnya, peningkata­n jenayah serta proses pendakwaan yang lambat menjadi punca dia dan pengawal keselamata­n lain diupah.

“Jika kami membawa pencuri terbabit kepada polis, mereka akan dijamin dengan mudah dan selepas itu mencuri kembali.

“Tetapi apabila kami memberi ‘keadilan’ kepada mereka, pencuri itu akan menjadi orang baik,” katanya.

Antaranya, Morris Nkonja, kini berusia 30 tahun, yang kehilangan satu tangannya ketika mencuri wang dalam sebuah restoran di Meru pada 2014.

“Selepas restoran itu ditutup pada satu malam, saya membawa parang dan memecah masuk dan terus ke mesin menyimpan wang,” katanya.

Namun, sebaik dia keluar, lima lelaki mengepungn­ya dan mereka juga bersenjata­kan parang panjang.

“Mereka memerangka­p saya. Mereka tahu saya memecah masuk dan menunggu sehingga saya selesai merompak.

“Saya tidak akan lupa kejadian pada malam itu,” katanya.

Lima lelaki terbabit diupah pemilik restoran untuk mengawal kedainya dan mereka memotong tangan kiri Nkonja sebagai hukuman tidak perlukan polis atau mahkamah.

“Kehilangan tangan ini menjadi simbol kehidupan masa lalu saya, semua orang akan tahu saya kehilangan­nya kerana mencuri.

“Namun, kehidupan perlu diteruskan,” katanya yang kini hidup mengharapk­an belas ihsan saudara-mara.

Amalan itu kelihatan mendapat restu penduduk di Mutuati dan perkampung­an sekitarnya yang tidak lagi percayakan polis serta sistem perundanga­n.

Mereka sebaliknya yakin hukuman itu membawa perubahan kepada ramai pencuri.

Anggota pihak berkuasa tempatan daerah Meru, Esther Karimi berkata, penduduk yang menjadi mangsa jenayah sering dinafikan keadilan berikutan pihak berkuasa, termasuk polis yang tidak amanah masuk campur, termasuk menghilang­kan bukti.

“Ada waktunya ‘keadilan segera’ perlu akibat kegagalan sistem undang-undang,” katanya.

 ??  ?? MBOGORI menunjukka­n parang panjang yang digunakan untuk memotong tangan lebih 40 pencuri. - Agensi
MBOGORI menunjukka­n parang panjang yang digunakan untuk memotong tangan lebih 40 pencuri. - Agensi
 ??  ?? NKONJA
NKONJA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia