Harian Metro

GILIRAN BADRUL

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Sukan Malaysia (SUKMA), Perak bakal menyingkap tirai secara rasmi pada 11 September ini dengan persoalan, siapakah akan dinobatkan sebagai juara pecut yang baharu selepas Khairul Hafiz Jantan mengesahka­n untuk tidak beraksi.

Kini, tiba masanya buat pelari muda menunjukka­n bakat masing-masing dan antara nama yang bakal menjadi tumpuan pastinya Badrul Hisyam

Abdul Manap.

Badrul pernah menggegark­an arena olahraga negara apabila muncul pelari terpantas negara, sebelum kontrovers­i yang melandanya merencatka­n rentak larian atlet kelahiran Melaka itu.

SUKMA Perak adalah waktu yang tepat buat Badrul kembali bangkit dengan jurulatih pecut, Mohd Poad Md Kassim

percaya atlet berusia 21 tahun itu mampu membuktika­n kewibawaan­nya.

“Badrul mampu melakukann­ya. Apa yang penting adalah terus fokus dan jangan putus

asa.

(gambar)

“Ketika sesi latihan semuanya sama. Tiada jauh

bezanya dia dengan Khairul Hafiz, jadi jika

dia mampu memberi yang terbaik tiada masalah untuk dia kembali menyinar,” katanya.

Badrul adalah anggota kuartet 4x100 meter yang memegang rekod kebangsaan ketika Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur (KL2017), namun diketepika­n ketika temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang baru-baru.

Bagaimanap­un, Poad menegaskan, perkara itu tidak melunturka­n semangat Badrul.

“Badrul masih berlatih seperti

biasa. Malah dia tampak lebih bersemanga­t untuk kembali ke kemuncak. Dia cukup fokus dan serius dalam latihan, jadi SUKMA adalah peluang terbaik untuknya kembali menguasai acara pecut ini,” kata Poad.

Acara olahraga SUKMA akan bermula dari 17 hingga 20 September ini di Stadium Perak Kompleks Majlis Bandaraya Ipoh.

„ Khairul Hafiz undur daripada SUKMA Perak

 ??  ?? BADRUL (dua dari kanan) ketika sesi latihan bersama atlet pecut.
BADRUL (dua dari kanan) ketika sesi latihan bersama atlet pecut.
 ??  ?? BADRUL jadi tumpuan.
BADRUL jadi tumpuan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KHAIRUL Hafiz
KHAIRUL Hafiz
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia