Harian Metro

Wajar singkir atlet ‘hambar’ dari Program Podium

-

beberapa hari ini arena sukan agak panas memperkata­kan mengenai Program Podium yang dikatakan gagal mencapai sasaran pada temasya Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia Jakarta-Palembang.

Sehinggaka­n Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi bayangan akan melakukan rombakan besar-besaran terhadap program yang berbelanja besar itu.

Belum sempat menteri ambil tindakan, Pengarah Podium, Tim Newenham mengambil keputusan untuk berundur.

Saya sendiri tak menafikan bahawa ada sukan yang perlu dinilai semula sama ada layak atau tidak untuk kekal berada di Program Podium.

Antaranya adalah badminton yang pada pandangan peribadi saya jelas gagal di Sukan Asia. Mana tak gagal kalau satu pun pingat tidak dimenangi.

Kalau sudah gagal maknanya apa? Bermakna ada atlet badminton negara yang gagal itu wajar disingkirk­an. Bukan menidakkan kemampuan mereka, tetapi perlu ada sistem ‘masuk dan keluar’ yang mana sekiranya atlet gagal menunjukka­n prestasi cemerlang, wajar mereka dikeluarka­n dari program itu.

Apabila kembali meraih kemuncak prestasi, maka pertimbang­kan semula untuk diserap ke dalam Program Podium.

Sebab kalau terlalu lama di dalam Program Podium tetapi tidak memberikan sebarang impak, orang akan kata ‘naik lemak’.

Jadi daripada terus berasa selesa di dalam program itu, ditambah elaun yang lumayan juga, wajar mereka dikeluarka­n.

Apa yang saya perkatakan ini bukan saja menyentuh kepada badminton. Sebaliknya perkara sama perlu berlaku kepada sukan lain.

Sebab pada akhirnya, kita pasti hanya mahukan mereka yang terbaik berada di dalam program ini.

Kembali kepada isu peletakan jawatan Newenham, saya fikir ia adalah tindakan yang bertanggun­gjawab.

Beliau tahu sudah tiba masanya untuk berundur kerana gagal mencapai apa yang diinginkan. Jadi apa selepas ini? Bagi saya tidak kisah sama ada penggantin­ya nanti kekal orang asing atau tempatan.

Asalkan individu itu tahu beban tugas yang bakal dipikul terutamany­a bagaimana untuk menilai kemampuan atlet.

Jumpa lagi.

 ??  ?? REAKSI pemain profesiona­l negara, Liew Daren selepas gagal mara di Sukan Asia lalu.
REAKSI pemain profesiona­l negara, Liew Daren selepas gagal mara di Sukan Asia lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia