Harian Metro

REALISTIK BURU EMAS

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

„ Kontinjen Pahang letak sasaran 11 pingat buat skuad menembak

Dengan rekod 20 emas bagi acara menembak, kontinjen Pahang merasakan sasaran 11 emas dalam acara sama bagi temasya SUKMA yang bakal berlangsun­g 11 hingga 22 September ini bukanlah sesuatu yang terlalu berat untuk direalisas­ikan.

Pada edisi dua tahun lalu di Sarawak, atlet menembak Pahang membawa pulang 11 emas dan Pemangku Timbalan Presiden Persatuan Menembak Negeri Pahang (PMNP), Datuk Seri Abd Khadir Mohd Shariff percaya ia boleh dilaksanak­an kali ini.

“Tiada yang mustahil untuk mengatasi sasaran (11 emas) itu kerana Pahang pernah meraih 20 pingat emas pada SUKMA Pahang 2012.

“Jadi, kami menuntut pencapaian terbaik daripada 25 atlet, masing-masing 14 lelaki dan 11 wanita, sekali gus menjadi penyumbang pingat terbanyak pada temasya sukan kali ini.

“Berdasarka­n komitmen daripada pengurusan termasuk jurulatih dan atlet, gelaran juara keseluruha­n akan dapat dipertahan­kan sejak melakukann­ya pada SUKMA Terengganu 2008,” katanya.

Abd Khadir berkata demikian selepas majlis penyerahan baju-T di Kompleks Lapang Sasar Menembak Sukan Pahang (SUKPA), semalam.

Pada temasya kali ini, Majlis Sukan Pahang (MSP) mengumumka­n sukan menembak antara penyumbang utama sasaran 32 emas selepas kejayaan mengutip 11 emas di Sarawak dua tahun lalu.

Sebanyak 26 emas dipertandi­ngkan dalam acara menembak dan saingan sengit dijangka diberikan tuan rumah, Perak, Selangor dan Johor.

 ?? FOTO: ASROL AWANG ?? Skuad menembak Pahang akan beraksi SUKMA Perak
FOTO: ASROL AWANG Skuad menembak Pahang akan beraksi SUKMA Perak
 ??  ?? ABD Khadir (tengah) menyerahka­n baju T kepada atlet penembak Pahang yang menyertai SUKMA.
ABD Khadir (tengah) menyerahka­n baju T kepada atlet penembak Pahang yang menyertai SUKMA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia