Harian Metro

MSNJ pandang serius isu doping

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Johor Bahru: Semua atlet Johor yang akan bertanding pada temasya SUKMA Perak bermula 11 hingga 22 September diingatkan supaya tidak terjebak dengan isu doping.

Ketua kontinjen,

Shukri Mohd Masbah menegaskan isu itu perlu dibendung awal, malah Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) juga sudah mengambil inisiatif dengan memberi taklimat mengenai pengambila­n bahan terlarang.

Katanya, setiap atlet tidak boleh memandang remeh isu doping dan wajar menghindar­i

Mohd

(gambar)

setiap pengambila­n suplemen yang meragukan.

“Walaupun Johor tidak pernah terbabit dalam isu doping sejak SUKMA diperkenal­kan pada 1986, namun MSNJ peka dan sentiasa memantau atlet bagi memastikan tiada kes terbabit.

“MSNJ sudah memanggil Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) untuk melakukan ujian ke atas atlet angkat berat tiga minggu lalu dan mereka bebas daripada sebarang pengambila­n bahan terlarang.

“Malah kami juga membuat ujian doping dan kesihatan terhadap semua atlet. Mereka bebas daripada isu doping dan ia amat membanggak­an kerana atlet sedar bahaya pengambila­n bahan terlarang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas mengenai permintaan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian yang menyasarka­n 25 emas, Mohd Shukri yakin sasaran itu mampu digapai walaupun pada awalnya mereka hanya memburu 23 emas.

“Sasaran itu cukup rasional kerana atlet Johor sudah diberi pendedahan terbaik. Pendedahan awal itu penting kerana Johor akan jadi tuan rumah SUKMA 2020 dan itu adalah langkah pro-aktif membangunk­an program sukan di negeri ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia