Harian Metro

Dovizioso catat masa terpantas sesi latihan di San Marino

-

Paris: Pelumba tempatan, Andrea Dovizioso mencatat masa terpantas di kedua-dua sesi latihan bebas Grand Prix (GP), San Marino awal pagi semalam.

Pada sesi latihan bebas pertama, pelumba Ducati itu mencatat masa terpantas 1 minit 32.608 saat, 0.101 saat di depan pelumba Britain, Cal Crutchlow yang beraksi bersama LCR Honda.

Sesi kedua pula menyaksika­n pelumba Itali itu lebih pantas apabila mencatat 1:32.198s, 0.160s lebih baik berbanding

(gambar)

Philadelph­ia: Xander Schauffele mencerahka­n peluangnya untuk merampas slot terakhir ke Piala Ryder bersama skuad Amerika Syarikat (AS) selepas melakar enam di bawah par 64 sekali gus mendahului saingan Kejuaraan BMW PGA dengan kelebihan dua pukulan.

Pemain berusia 24 tahun itu memulakan saingan dengan empat birdie sepanjang tujuh lubang pertama di Aronimink dan mengumpul 13 di bawah 127 selepas 36 lubang di kejohanan playoff terakhir sebelum

(gambar)

rakan sepasukan, Jorge Lorenzo dengan Crutchlow di kedudukan ketiga.

Pendahulu kedudukan pelumba, Marc Marquez dari Repsol Honda mencatat masa kelima terpantas, sementara Maverick Vinales (Yamaha), keenam.

Seorang lagi pelumba Yamaha, Valentino Rossi dilihat bergelut apabila hanya menamatkan sesi pertama dengan mencatat masa ke-15 terpantas.

Bagaimanap­un pelumba Itali itu memperbaik­i catatan masanya di sesi kedua untuk muncul pelumba kelapan terpantas.

Pada saingan Moto2, Marcel Schroetter (Kalex) mencatat masa terpantas 1:37.763s di depan dua pelumba Itali. Pendahulu saingan Moto2, Bagnaia (Kalex) hanya ketinggala­n 0.092s di belakang Schroetter manakala Mattia Pasini (Kalex), ketiga terbaik.

Di saingan Moto3, pelumba Sepanyol, Jorge Martin (Honda) yang kini menduduki tangga kedua kedudukan pelumba, mencatat masa terpantas.

– AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia