Harian Metro

Suarez bantu La Celeste benam Mexico

-

Houston, Amerika Syarikat: Penyerang Barcelona, Luis Suarez meledak dua gol termasuk penalti ‘panenka’ menarik ketika membantu Uruguay menewaskan Mexico 4-1 pada aksi persahabat­an antarabang­sa di Amerika Syarikat, semalam.

Satu lagi gergasi Amerika Selatan, Argentina turut melupakan kekecewaan di pentas Piala Dunia Russia apabila mencatat kemenangan 3-0 ke atas Guatemala.

Uruguay mendahului permainan seawal minit ke-21 menerusi Jose Maria Gimenez, tetapi Raul Jimenez menyamakan kedudukan buat Mexico empat minit kemudian.

Pemain terbaik perlawanan, Suarez kemudian menjaringk­an gol pertamanya ketika babak pertama berbaki sembilan minit dan sekali lagi meledak pada minit ke-40, menerusi penalti yang disempurna­kan dengan kuisan.

Gol keempat Uruguay dijaringka­n Gaston Pereiro pada babak kedua. Sekali pun Mexico boleh merapatkan kembali jurang, Jimenez gagal menyempurn­akan penalti apabila rembatanny­a diselamatk­an Fernando Muslera ketika perlawanan berbaki 16 minit.

Di Los Angeles, Argentina yang berwajah baharu dan tanpa kelibat bintangnya Lionel Messi yang berehat sementara daripada kancah antarabang­sa serta Javier Mascherano yang bersara, jelas terlalu kuat buat Guatemala.

Gonzalo Martinez meledak gol pertama Argentina pada minit ke-27 menerusi penalti, sebelum Giovani Lo Celso menggandak­an kedudukan lapan minit kemudian menerusi rembatan voli menarik dari jarak 25 meter.

Giovani Simeone, anak kepada pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone melengkapk­an jumlah jaringan pada penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan dua minit sebelum babak pertama berakhir. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia