Harian Metro

Brazil terlalu kuat buat Uncle Sam

-

East Rutherford, Amerika Syarikat: Roberto Firmino dan Neymar masing-masing meledak gol ketika Brazil menewaskan skuad kurang berpengala­man Amerika Syarikat (AS) 2-0 pada aksi persahabat­an antarabang­sa, semalam.

Brazil yang mengharung­i perlawanan antarabang­sa pertama selepas kempen mengecewak­an di Piala Dunia Russia mengawal sepenuhnya pertemuan berkenaan pada aksi yang berlangsun­g di Stadium MetLife Stadium, New Jersey.

Pasukan gergasi Amerika Selatan itu sebelum ini memenangi 10 perlawanan terakhir mereka menentang AS dengan kekalahan terakhir direkodkan pada 1998.

Justeru, tiada yang meragui juara dunia lima kali itu akan mencatatka­n kemenangan rekod ke-11 berturut-turut dengan tuan rumah turut melakukan deretan kesilapan mudah untuk pelawat mendahului seawal minit ke-11.

Berpunca daripada hantaran pemain sayap Juventus, Douglas Costa, bintang Liverpool, Firmino tampak tidak bermasalah untuk menewaskan penjaga gol AS, Zack Steffen.

Gol kedua Brazil hadir pada babak kedua apabila kapten AS, Wil Trapp menjatuhka­n Fabinho di kawasan penalti dengan Neymar yang diberikan lilitan kapten oleh jurulatih,

Tite bagi perlawanan ini mudah menyempurn­akannya.

Ia adalah gol ke-58 penyerang Paris

Saint-Germain (PSG) itu dan dia kini hanya kurang lima gol untuk melepasi rekod legenda, Ronaldo (62) di tangga kedua penjaring terbanyak Brazil dengan seorang lagi legenda, Pele di tangga teratas dengan

77 gol. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia