Harian Metro

LEBIH LIMIT DUA KALI GANDA

- Agensi

Kapten Tottenham, Hugo Lloris didapati mengambil alkohol secara berlebihan ketika memandu kereta Porsche baru miliknya yang bernilai 65,000 pound (RM348,000), bulan lalu.

Penjaga gol itu memandu dengan kadar alkohol di dalam badannya dicatatkan sekitar 80 mikrogram - lebih dua kali ganda berbanding 35 mikrogram yang dibenarkan, dedah kertas pertuduhan mahkamah.

Pemain berusia 31 tahun yang menetap di kediamanny­a di utara London itu memenangi Piala Dunia bersama Perancis, Jun lalu dengan dia turut bertindak selaku kapten pasukan.

Dia dijangka hadir ke Mahkamah Majistret Westminste­r pada 12 September ini.

Lloris ditahan jam 2.10 pagi oleh anggota polis sebelum didakwa pada hari sama dan berisiko terlepas lilitan kapten Tottenham.

Harry Kane yang menjadi kapten untuk England di Piala Dunia dilihat sudah bersedia menggalas tang- gungjawab itu.

Selepas ditahan, Lloris yang menerima gaji 150,000 pound (RM800,000) seminggu, ditahan di balai polis Charing Cross.

Difahamkan, dia menghabisk­an masa selama tujuh jam di dalam tahanan, sebelum didakwa dan kemudian dilepaskan dengan ikat jamin.

Dia sebelum ini berkata: “Saya memohon maaf kepada seluruh keluarga, kelab, rakan sepasukan, pengurus dan semua penyokong.

“Meminum minuman keras sememangny­a satu kesalahan. Saya bertanggun­gjawab sepenuhnya mengenai kelakuan saya.”

Jurucakap kelab pula berkata: “Kelab memandang serius tindakan pemain itu.”

„ Lloris berisiko terlepas lilitan kapten Tottenham

 ??  ?? LLORIS (kiri) ditahan polis ketika memandu kereta Porsche miliknya.
LLORIS (kiri) ditahan polis ketika memandu kereta Porsche miliknya.
 ??  ?? KANE (kiri) dan Danny Rose ketika sesi latihan, kelmarin
KANE (kiri) dan Danny Rose ketika sesi latihan, kelmarin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia