Harian Metro

AKSI TEBUS MARUAH

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

„ Farizal laung amaran, mahu bangkit

ketika berdepan Kemboja, esok

Awas Kemboja. Kami mahu bangkit! Mungkin itu yang cuba dilaungkan penjaga gawang Harimau Malaya, Farizal Marlias ketika skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu mengimpika­n untuk menebus kekalahan 0-2 di tangan Taiwan, kelmarin.

Harimau Malaya tiba di Phnom Penh semalam dan Farizal berkata, mereka tidak boleh mengulangi kesilapan serupa hingga mengakibat­kan kekalahan di Taipei

City.

Mungkin alasan padang becak hingga menyebabka­n

(gambar)

pemain Harimau Malaya bergelut, boleh diterima tetapi bagi Farizal, mereka tidak mempunyai pilihan kecuali bangkit mempamer aksi lebih meyakinkan di Stadium Olimpik Phnom Penh, esok.

“Di Taiwan, kami bermain kurang baik dan melakukan kesilapan mudah tetapi apa yang positifnya, pemain cuba menerapkan kaedah hantaran pendek dan tidak cepat hilang bola walaupun keadaan padang yang kurang baik.

“Bertemu Kemboja, kami harus mengurangk­an kesilapan dan tidak memberi ruang dan peluang kepada mereka kerana sedikit kelalaian akan memberikan lawan peluang menjaringk­an gol,” katanya.

Dalam aksi di Taipei City, Farizal yang menyarung jersi kebangsaan buat kali pertama sejak 2015 menyaksika­n gawangnya dibolosi pada minit ke-13 menerusi percubaan Wu Chun Ching dan Chu En-Le (m-53).

“Sudah pasti ini bukan keputusan yang saya harapkan. Saya perlu bekerja keras lagi selepas ini untuk meningkatk­an prestasi saya,” kata Farizal yang kini beraksi dengan Johor Darul Ta’zim.

Bagaimanap­un, menentang Kemboja yang dikendalik­an bekas bintang Jepun, Keisuke Honda, Cheng Hoe kemungkina­n akan menguji dua lagi penjaga gol iaitu Khairul Fahmi Che Mat dan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Kali terakhir Harimau Malaya bertemu Kemboja ialah pada saingan Piala AFF 2016 di Yangon, Myanmar dengan skuad yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee ketika itu menang 3-2.

Kemenangan amat penting buat skuad kebangsaan dalam mencari keyakinan sebelum mengharung­i kempen Piala AFF November depan selain memperbaik­i ranking 171 dunia ketika ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia