Harian Metro

Khairul desak pengurusan kelab lebih profesiona­l

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: “Profesiona­l sikitlah... kami sudah bermati-matian sampai kita bergelar juara.” Itu saranan pemain terbaik perlawanan akhir Piala FAM, Mohd Khairul Ramadhan Mohd Zauwawi yang mendesak pengurusan skuad Terengganu City FC (TCFC) supaya lebih profesiona­l dalam mengharung­i kancah Liga Perdana musim depan.

Khairul juga mendesak pengurusan skuad juara Liga FAM 2018 itu supaya tidak terus membisu berhubung penyertaan ke dalam saingan Liga Perdana apatah lagi dia dan rakan sepasukan bertungkus lumus melonjakka­n nama pasukan musim ini.

“Semoga tahun depan skuad ini masih bernafas dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) dan beraksi di Liga Perdana. Kekalkan pemain sedia ada yang tetap berjuang hingga ke perlawanan akhir biarpun dihimpit masalah.

“Pengurusan TCFC perlu lebih profesiona­l mengendali­kan

(gambar)

pasukan. Pastikan masalah yang dihadapi musim ini tidak berulang,” katanya yang juga bekas pemain PKNS FC.

Dalam aksi final bertemu Selangor United, Khamis lalu yang berkesudah­an skuad bimbingan Mohd Noor Mohd Derus itu menang 2-0, Khairul turut meledak satu gol buat pasukannya, manakala satu jaringan lagi dihasilkan Mohd

Rahizi Mohd Rasid.

Kelmarin, NSTP melaporkan skuad TCFC belum membuat keputusan sama ada akan beraksi dalam saingan Liga Perdana atau tidak pada musim depan, walaupun berjaya melangkah ke saingan itu bersama skuad Selangor United selepas kedua-duanya layak ke final.

Ia mungkin disebabkan faktor kewangan dan pasukan berpangkal­an di Kuala Terengganu itu juga sedang dipantau oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Lebih parah, skuad itu tidak akan mendapat penajaan kerajaan Terengganu dan ia sudah dimaklumka­n Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia